web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahamin Rajab Meninggal Dunia, Alami Serangan Jantung Dalam Pesawat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 6:00AM

Pahamin menghembuskan nafas terakhir, sejurus tiba di London sekitar jam 2 pagi tadi (waktu Malaysia). - Gambar ihsan Segi.edu.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Pengerusi dan pengasas bersama AirAsia Berhad, Datuk Pahamin A. Rajab menghembuskan nafas terakhir, sejurus tiba di London sekitar jam 2 pagi tadi (waktu Malaysia).

Pahamin dikatakan berada di sana bagi menghadiri majlis graduasi seorang daripada cucunya, Andika Rees Pahamin Azhar.

Allahyarham berusia 77 tahun.

Pemergian beliau diumumkan menantunya, aktor Azhar Sulaiman menerusi hantaran di Instagram.

Menurut Azhar, bapa mertuanya itu mengalami serangan jantung ketika berada di dalam pesawat.

“Assalamualaikum semua. Dukacita Mami (panggilan Azhar untuk dirinya) nak maklumkan, my father in law (bapa mertua saya), Datuk Pahamin Rajab just passed away (baru meninggal dunia). Dia baru sampai London, kena heart attack (serangan jantung) dalam plane (pesawat).

So now my mother in law, my son Rees (jadi sekarang ibu mertua saya, anak lelaki saya Rees ada kat London). Pergi ke London sebab nak attend my son punya graduation (nak hadir majlis graduasi anak lelaki saya), so I supposed (jadi saya rasa) tak jadilah. Anyway all of us are flying to London starting on Monday (kami semua akan terbang ke London bermula Isnin),” katanya.

Azhar dengan linangan air mata turut meminta pengikutnya untuk menghadiahkan bacaan Al Fatihah buat Allahyarham.

Sepanjang hayatnya, Pahamin pernah menyandang beberapa jawatan kanan dalam kerajaan, termasuk Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 1974 hingga 1998.

Allahyarham selepas itu dilantik pula sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bermula pada 1998 hingga 2001.

Memiliki ijazah awal dalam jurusan Sejarah dan Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya (UM), anak kelahiran Bachok, Kelantan itu juga ialah seorang peguam bela dan peguamcara bertauliah.

Kepakaran Allahyarham dalam bidang undang-undang turut diakui di peringkat antarabangsa apabila diiktiraf sebagai pakar undang-undang harta intelek oleh Organisasi Harta Intelek Dunia. 

Pahamin pada tahun 2000 juga menerima anugerah berprestij Cyber Champion International Award dari Business Software Alliance di Washington, Amerika Syarikat. - Getaran, 9 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad