web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KDNK Terengganu Tahun Lalu Ke-5 Tercorot — Khairuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 12:30PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Pertumbuhan dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu pada 2022  adalah yang kelima tercorot berbanding 13 negeri lain.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, negeri itu berada di kedudukan ke-10 dengan kadar 5.9 peratus.

Menurut beliau, mendahului di tempat pertama ialah Pulau Pinang dengan 13.1 peratus, diikuti Selangor dan Pahang, masing-masing pada 11.9 serta 10.8 peratus.

“Kelantan di bawah pimpinan PAS berada di tangga kedua terakhir dengan hanya merekodkan 2.4 peratus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyifatkan kadar KDNK itu sebagai petunjuk kepada kejayaan PAS di negeri berkenaan.

“Apabila Menteri Besar berkongsi pertumbuhan dan kenaikan peratusan KDNK Terengganu pada 2022 sebanyak 5.9 peratus, semua media PAS dan pengikutnya bersorak gegak gempita di media sosial kerana ia kononnya menjadi petunjuk kejayaan PAS di Terengganu membangunkan ekonomi negeri. Tapi benarkah begitu? 

“Fakta tidak berbohong! Hanya mpat negeri mengatasi kadar pertumbuhan nasional pada 2022,” katanya.

Jelas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, KDNK negeri boleh dirujuk pada fakta disediakan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM).

“Terengganu berada pada kedudukan nombor tiga tercorot kalau diambil tiga tahun terakhir (iaitu) 2020, 2021 dan 2022. 

“Nilai KDNK untuk 2020 dan 2021 setiap negeri berdasarkan kedudukan terendah dimulakan oleh Perlis (RM5.7 dan RM5.86 bilion), diikuti oleh Kelantan (RM25.1 & RM25.7 bilion) dan Terengganu (RM33.9 & RM35.152 billion),” katanya.

Mohd Khairuddin memberitahu, kesemua data tersebut boleh dirujuk di laman sesawang DOSM pada pautan https://open.dosm.gov.my/ms-MY/data-catalogue/dosm-public-economy_gdp_state_1?state=selangor&series_type=level&range=YEARLY. 

KDNK Terengganu katanya lagi, meningkat sebanyak 5.9 peratus daripada RM35.152 bilion pada 2021 kepada RM37.3 bilion pada 2022, dengab pertambahan sekitar RM2 bilion.

“Jika dibuat perbandingan dengan Perak yang meningkat hanya 4.3 peratus pada 2022, nilai bagi negeri Perak  lebih RM3 bilion kerana ia peningkatan daripada RM76.78  bilion pada 2021 kepada RM80 bilion pada 2022.

“KDNK itu membolehkan Perak berada pada kedudukan ketujuh antara semua negeri,” katanya.

Senario sama ujarnya, berlaku ke atas Negeri Sembilan yang mencatatkan peningkatan 6.4 peratus pada 2022 tetapi pada menghasilkan nilai RM3.1 bilion, susulan peningkatan daripada RM47.69 kepada RM50.7bilion.

“Jadi kebanggaan bukan pada peratus pertumbuhan dan peningkatan sahaja tapi juga pada nilai peningkatan KDNK dan nilai KDNK itu sendiri. 

“Terengganu perlu bekerja keras lagi membangunkan ekonomi negeri,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka