web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Sahkan Bertemu Elon Musk Esok

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:40PM

Elon Musk - gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, esok 14 Julai.

Ketika ditanya pemberita mengenai pertemuan itu, Anwar membalas dengan jawapan ‘esok’.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog bersama agensi penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pada Khamis.

Anwar pertama kali memaklumkan perkara itu pada Jumaat minggu lepas dengan berkata beliau akan bertemu dengan Musk minggu ini bagi meneroka cara untuk syarikat kenderaan elektrik utama itu menambah pelaburan di Malaysia.

Pada 1 Mac, 2023 Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kementeriannya telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia. 

Beliau berkata Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia selain memperkenalkan pusat servis dan mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger.

Pada masa ini, pusat servis rasmi Tesla yang terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja-kerja utama.

Sementara itu, ahli ekonomi yakin pertemuan antara Musk yang juga Pengasas Tesla dengan Anwar akan mewujudkan reaksi rantaian dalam usaha negara menjadi hab kenderaan elektrik (EV) di rantau ini.

Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata perbincangan yang membuahkan hasil antara syarikat EV global dan pemimpin Malaysia itu juga akan membawa komitmen seterusnya yang boleh memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia secara amnya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Politik 19 jam yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 23 jam yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman