web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada 5 Bukti Malaysia Kini Di Kedudukan Terbaik - Fahmi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:44AM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membentangkan lima bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan yang lebih baik sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkongsi Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua) yang menggariskan bukti terbabit iaitu ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8 peratus.

“Jumlah pelaburan ke Malaysia meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022,” menurutnya dalam hantaran itu semalam.

Fahmi berkata selain itu, kadar inflasi negara semakin rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama dan 3.6 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 3.7 peratus dan 4.2 peratus, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.

Beliau berkata Indeks Kebebasan Akhbar juga bertambah baik dari tangga ke-113 pada tahun lepas ke tangga ke-73 bagi 2023 manakala kedudukan Daya Saing Dunia naik lima anak tangga kepada ke-27 tahun ini berbanding ke-32 pada tahun lepas.

"Terbukti dalam tempoh hanya tujuh bulan, Kerajaan Perpaduan telah mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik. Insya-Allah, lima pencapaian ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi baharu pada masa depan," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 17 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa