web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbicaraan Kes IPIC Najib-Irwan Pada September Dilapangkan, Beri Laluan 1MDB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 4:39PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion, yang sepatutnya bermula September depan dilapangkan bagi memberi laluan kepada dua kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri itu.

Dua kes jenayah itu (1MDB dan laporan audit) kini masih di peringkat perbicaraan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan perbicaraan kes pecah amanah yang ditetapkan pada September dan Oktober ini dilapangkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nik Syahril Nik Ab Rahman memaklumkan bahawa saksi-saksi dan keterangan yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes itu adalah sama dengan kes 1MDB.

"Sekiranya kedua-dua perbicaraan (1MDB dan kes ini) berlangsung pada masa yang sama, terdapat kemungkinan bahawa akan berlakunya pertindihan keterangan yang akan dibawa dalam kes ini dan dalam kes 1MDB.

“Pihak kami berpandangan adalah wajar tarikh perbicaraan dilapangkan dan satu tarikh pengurusan kes pada bulan Disember ditetapkan bagi membolehkan pihak-pihak mengemas kini status kes 1MDB,” kata Nik Syahril.

Permohonan pihak pendakwaan itu tidak dibantah oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk K. Kumaraendran, masing-masing mewakili Najib dan Mohd Irwan Serigar, yang mendapat pengecualian kehadiran ke mahkamah hari ini.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Dis ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pada 9 Okt lepas, Hakim Muhammad Jamil menetapkan perbicaraan kes pecah amanah itu selama 32 hari pada setiap hari dalam bulan September dan Oktober 2021 kecuali hari Jumaat.

Pada 24 Okt 2018, Najib, 67, dan Mohd Irwan Serigar, 63, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia