web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Maut Dihanyut Arus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 8:49PM

Lokasi di mana mayat Muhammad Raziq Najwan Mohamad Ropi,ditemukan setelah terjatuh dalam saluran longkang di depan Masjid Bukit Malut, Langkawi, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut akibat hanyut dibawa arus setelah terjatuh ke dalam longkang di depan Masjid Bukit Malut, dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Muhammad Raziq Najwan Mohamad Ropi, 5, sedang bermain air hujan di depan masjid tersebut bersama sekumpulan kanak-kanak lain. 

"Hujan lebat menyebabkan longkang tersebut dipenuhi air dan arus deras. Ketika bermain bersama rakan-rakannya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang.

"Arus deras kemudiannya menolak mangsa masuk ke saluran kecil yang terdapat dalam longkang tersebut," katanya. 

Tambahnya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.50 petang tadi.

"Pencarian dilakukan polis, bomba dan orang awam menemukan mangsa kira-kira 100 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh. Kakitangan kesihatan kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya. 

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini untuk dibedah siasat, malam ini. 

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah