web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Perubatan Madani Diperluas ke 11 Daerah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 7:39PM

Skim Perubatan MADANI diperluas ke 11 daerah lagi bagi memastikan lebih ramai rakyat memperoleh kemudahan kesihatan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan ke 11 daerah lain bermula minggu kedua bulan ini bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat kemudahan kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Ia terdiri daripada Kota Setar dan Kuala Muda, Kedah serta Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu akan bermula pada minggu kedua, manakala Seremban, Negeri Sembilan; Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan); Kuantan (Pahang); Melaka Tengah (Melaka), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis bermula pada minggu keempat Ogos.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata klinik perubatan swasta umum (GP) di daerah terlibat dialu-alukan untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

Skim Perubatan MADANI bermula pada 15 Jun lepas di 10 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling, Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Dr Zaliha berkata Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah untuk meringankan beban kewangan rakyat dengan menampung kos rawatan kes-kes akut, dan antara perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta umum.

Menurutnya sehingga kini lebih dari 700 GP sudah berdaftar sebagai klinik panel di bawah Skim Perubatan MADANI.

Dr Zaliha berkata skim itu dijangka dapat memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

“Peruntukan bagi setiap isi rumah untuk separuh tahun kedua adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

"Bagi memastikan akses yang mudah dan cepat, mereka yang layak hanya perlu membawa MyKad ke klinik panel Skim Perubatan MADANI untuk menerima rawatan akut percuma," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Ditempatkan Di Rumah Transit Khamis Ini - Zaliha

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Stigma, Diskriminasi Halang Akses Rawatan, Penjagaan Kesihatan Mental

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Nisbah Satu Penderma Organ Kepada Sejuta Populasi Bakal Dicapai Dalam Masa Terdekat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia