web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Bukit Enggang Sahaja, Tempat Lain Juga Ada Kecurian REE - Saifuddin 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 6:33PM

Menurut Saifuddin Nasution Ismail, tambahan lima guni REE telah dibawa keluar dari Kampung Bendang Man - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri ini tidak hanya berlaku di kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang, sebaliknya turut berlaku di beberapa lokasi lain. 

Mendedahkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejadian berkenaan dikesan berlaku di Kampung Bendang Man di Sik.  

Menurut beliau, seperti Hutan Simpan Bukit Enggang, kecurian di Kampung Bendang Man juga berlaku di tanah milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah. 

“Polis telah menjalankan tangkapan dan merampas lima guni REE.  

"Berapa ramai yang ditahan, itu kena tanya pihak polis. Kejadian terbaru ini berlaku dalam kawasan Ladang MBI Kedah - Felcra Bhd., Kampung Bendang Man,” katanya dalam sidang media di Pejabat PKR Kedah di sini, hari ini. 

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR memberitahu, beliau menerima laporan bahawa tambahan lima guni REE telah dikeluarkan dari lokasi terbabit atas nama eksplorasi. 

Dakwanya, terdapat surat bertarikh 3 Mei 2023 dikeluarkan MBI Kedah kepada Jangka Bakat Minerals Sdn. Bhd. untuk melakukan kerja-kerja penerokaan di kawasan tersebut. 

"Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kena jawab mengapa pada 3 Mei 2023, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Muhamad Sobri Osman boleh mengeluarkan surat kepada Jangka Bakat? Bukankah kita sudah buat pendedahan tentang insiden kecurian di Bukit Enggang tetapi dikeluarkan pula surat izin meneroka kepada syarikat itu di Kampung Bendang Man.  

"Tujuannya apa (beri kebenaran masuk ke tanah MBI)? Macam biasalah, kalau Mahir Binari Sdn. Bhd. itu untuk pembukaan ladang hutan, Jangka Bakat ini pula berkaitan pengambilan sampel. Baik ladang hutan atau pengambilan sampel, ini adalah pintu kepada insiden kecurian di kawasan-kawasan tersebut," katanya. 

Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa isu melibatkan REE sudah selesai - gambar fail
Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa isu melibatkan REE sudah selesai - gambar fail

Mengulas lanjut beliau berkata, kecurian yang berlaku ketika pelbagai pendedahan sudah pun dibuat adalah sesuatu yang amat dikesalkan.  

 "Lesen eksplorasi ini diberi kepada Jangka Bakat tetapi siapa dalam syarikat itu yang terdiri daripada ahli geologi profesional? Siapa yang memperakuinya dan apa keperluan membawa keluar sampai lima guni REE dari kawasan itu? 

"Berapa banyak sampel nak ambil dan berapa banyak lagi surat kebenaran akan dikeluarkan MBI Kedah untuk lesen pengambilan sampel? Muhammad Sanusi kena tanya perkara ini kepada CEO MBI," katanya. 

Menjawab dakwaan Muhammad Sanusi dalam beberapa siri ceramah sebelum ini kononnya isu REE sudah selesai dan sengaja dibangkitkan untuk mencalar imejnya, Saifuddin berkata, apa yang dinyatakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu tidak benar sama sekali.  

"Muhammad Sanusi kata dah selesai tetapi saya kata belum kerana ketika ini, kes tersebut masih disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula telah menghantar hasil siasatan mereka kepada penasihat undang-undang, Kementerian Alam Sekitar.  

"Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah pun belum siasat di bawah Akta Mineral Kedah 2004. Jadi macam mana beliau kata isu ini dah selesai?" soalnya. - Getaran 10 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah