web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Serbu Stor Simpan Dadah Di Kondominium Mewah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 12:20PM

Polis berjaya merampas dadah di dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket yang menjadikan kondominium mewah sebagai stor pengedaran dadah terbongkar selepas seorang lelaki ditahan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Cheras, Khamis lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan hari ini, berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga penjaga stor dan penghantar bekalan dadah ditahan dalam operasi bermula 1 tengah hari hingga 3.15 petang. 

Susulan tangkapan itu, beliau berkata pihaknya membuat serbuan di dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih, Kajang yang dijadikan stor simpanan dadah dan menemukan 10 ketulan dadah jenis heroin base seberat 3.8 kilogram (kg) dan 10 ketulan dadah jenis syabu seberat 10kg dianggarkan bernilai RM655,000 dan merampas wang tunai RM10,200. 

Katanya sindiket pengedaran dadah itu dikesan aktif sejak dua bulan lepas di sekitar Lembah Klang dengan menjadikan unit kondominium mewah sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum dijual kepada pembeli. 

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki yang masih bujang itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai pendapatan utama dengan menerima arahan daripada seorang lelaki tempatan bertindak sebagai ketua sindiket yang masih lagi dikesan. 

“Semakan mendapati suspek mempunyai masing-masing dua rekod berkaitan jenayah dan dadah, manakala hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap lelaki terbabit didapati negatif dadah,” katanya. 

Mohd Shuhaily berkata lelaki terbabit direman tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad