web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gerakan Cari Kotak Hitam Sudah Bermula, ‘Tolong Jangan Buat Spekulasi!’ - Loke

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 8:41PM

Loke ketika sidang media berhubung nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam, petang tadi. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah diaktifkan untuk mengesan kotak hitam pesawat Beechcraft 390 yang terbabit nahas, siang tadi.

Menterinya, Anthohy Loke berkata, pasukan berkenaan kini sudah berada di lokasi kejadian bagi memulakan proses mencari komponen berkenaan.

Menurut beliau, maklumat diperoleh daripada kotak hitam itu berupaya memberikan maklumat tepat mengenai tragedi berkenaan.

“Selain BKSU, pihak berkuasa berkaitan juga sudah berada di lokasi untuk mengesan kotak hitam tersebut dan semua protokol keselamatan telah diaktifkan sejurus insiden berlaku.

“Kita tidak dapat beri apa-apa maklum balas (lain) ketika ini kerana siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam sidang media berhubung nahas di sini Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Loke berkata, pengamatan awal juga mendapati pesawat terbabit melencong ke kanan dan terkeluar dari laluan asal penerbangan, walaupun tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Seperti saya katakan sudah ada clearance untuk pesawat mendarat tetapi tiga minit selepas itu, Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang melihat kepulan asap dari lokasi.

“Itu yang kita kena siasat apa puncanya berlaku nahas itu. Seperti disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan, tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat,” katanya.

Beliau menarik perhatian, identiti sebenar lapan mangsa yang menaiki pesawat tersebut hanya boleh disahkan sebaik sahaja proses bedah siasat selesai sepenuhnya.

Jelasnya, manifes diperolehi mengesahkan pesawat terbabit membawa lapan individu iaitu enam penumpang dan dua kru.

“Apa yang kita boleh sahkan ketika ini hanya nama dalam manifest penumpang.

“Walaupun polis sudah mengesahkan tidak ada mangsa yang terselamat, namun identiti hanya boleh disahkan melalui proses forensik yang sedang dilaksanakan pihak hospital dan

pengesahan itu akan diumumkan oleh pihak polis kelak,” katanya.

Loke pada sidang itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan sempurna. Jangan sebarkan spekulasi atau khabar angin yang boleh mengganggu proses ini.

“Sila berikan kerjasama menyeluruh agar siasatan dapat segera disempurnakan,” katanya.

Dalam sidang sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses bedah siasat akan dilakukan secara berterusan di Hospital Tuanku Ampuan Rahmah (HTAR), Klang sehingga identiti semua mangsa dapat disahkan.

“Keadaan mayat akibat impak nahas memang tidak sempurna tapi proses bedah siasat akan diteruskan sehingga selesai, mungkin sehingga esok pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat peribadi dikendalikan Jetvalet Sdn Bhd itu memiliki segala dokumen dan lesen diperlukan untuk melakukan penerbangan.

“Semua kru juga memiliki lesen yang sah dan berpengalaman. Saya kenal mereka,” katanya yang kelihatan sugul.

Berdasarkan manifes diterima Getaran, lapan individu yang berada dalam pesawat tersebut dikenali sebagai Shahrul Kamal Roslan (kru), Heikal Aras Abdul Azim (kru), Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar.

Mohamad Naim Mohamed Muaidi, Datuk Seri Johari Harun, Muhammad Taufig Mohd Zaki dan Idris @ Ramali Abdol Talib. - Getaran, 17 Ogos 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan