web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas Pesawat: Menantu Presiden JCorp Antara Mangsa Terkorban

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Aug 2023 1:27PM

Johor Corporation (JCorp) dalam perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan nahas pesawat berdekatan Bandar Elmina turut membabitkan menantu lelaki Presidennya. gambar Facebook JCorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menantu lelaki kepada Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim adalah antara mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam.

Perkara itu disahkan Johor Corporation (JCorp) dalam perkongsian menerusi Facebook rasmi syarikat itu, namun tidak menyatakan nama mangsa.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham serta seluruh mangsa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

"Kami juga ingin memohon semua pihak untuk menghormati privasi keluarga dalam menghadapi ujian yang sukar ini," menurut hantaran itu.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun maut. 

Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di situ semasa kejadian.

Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan sudah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan selain Johari, turut berada dalam senarai penumpang ialah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani menerusi hantaran dalam Facebook turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas berkenaan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Juruterbang Maut Pesawat Bertembung Ketika Pertunjukan Udara

2

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

4

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan