web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Kongsi Gambar Dan Video, Jaga Perasaan Keluarga Mangsa Nahas - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 3:22PM

Antara keluarga mangsa nahas berdekatan Bandar Elmina yang berada di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam.

Beliau meminta orang ramai supaya menjaga dan menghormati perasaan keluarga mangsa terbabit dengan tidak menyalahgunakan platform media sosial dan mendoakan supaya mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

“Kita perlu menjaga adab ketika mengunakan media sosial ini. Kalau tidak mahu keaiban diri sendiri dibuka, jangan buka aib orang lain.

“Takziah kepada keluarga mangsa dan kita doakan mereka diberikan kesabaran atas kehilangan insan tersayang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 15 set komputer di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aisha Rohani di sini hari ini.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun maut. 

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi adalah orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Terdahulu pada majlis itu Mohd Na’im berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyumbangkan RM200,000 bagi membaik pulih surau bagi kegunaan pelajar dan guru di sekolah tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 59 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah