web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 6:20PM

Abang Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, (kiri) tiba di pekarangan mahkamah bagi mendengar pertuduhan ke atas pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, yang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie merayu kepada pengguna media sosial supaya memadamkan video serta foto berhubung insiden kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, pada 15 Disember lalu.

Abang mangsa Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata, penularan video itu secara berterusan akan mengganggu serta meruntun emosi keluarganya.

“Apabila kami menonton kembali video kemalangan arwah di media sosial, ia akan mengembalikan ingatan kami kepada insiden berkenaan.

“Jadi, kami merayu supaya atas dasar sesama manusia supaya video serta foto berkenaan insiden arwah itu dipadam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini, hari ini.

Zairul Fitri berkata, keluarganya juga berasa amat terharu dengan sokongan serta solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka khususnya berkaitan insiden terbabit.

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan itu, dan saya tahu ramai yang mendoakan adik saya. Saya cuma minta keadilan dan ketelusan terhadap proses siasatan (pendakwaan) yang dijalankan,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau berkata, pelantikan lapan timbalan pendakwa raya bagi mengendalikan kes kematian adiknya itu juga memberi keyakinan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh Muhammad Zaharif dalam insiden kemalangan yang berlaku.

Tertuduh yang menjawat jawatan DSP dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Kembali Dikritik Peminat 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Kongsi Gambar Dan Video, Jaga Perasaan Keluarga Mangsa Nahas - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi