web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ajaran AMMA Menyeleweng, Siapa Yang Amalkan Perlu Bertaubat – Wan Zahidi 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 7:55AM

Datuk Wan Zahidi Wan Teh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ajaran Noor Hisham Alias atau lebih dikenali sebagai Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) disahkan menyeleweng dan bercanggah dengan syarak. 

Serentak dengan itu, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, semua bentuk pengajaran, pengamalan, penerbitan dan promosi bahan-bahan ajaran AMMA melalui apa-apa medium perlu disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta. 

Menurut beliau, ajaran berkenaan turut menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. 

“Ketetapan itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-231 yang bersidang pada 12 April lalu. 

“Mesyuarat pada waktu itu memperaku dan menerima keputusan bahawa Ajaran Noor Hisham Bin Alias (Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) di Manjung, Perak adalah mnyeleweng dan bercanggah dengan syarak,” katanya. 

Wan Zahidi berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas meneliti fakta, hujah dan pandangan yang dikemukakan. 

Jawatankuasa Fatwa juga katanya, mendapati ajaran AMMA mengandungi beberapa elemen. 

“Ajaran berkenaan dikesan menterjemah kalimah syahadah kepada ‘tiada nyata hanya Allah’ tanpa penjelasan yang sebenar, malah turut mendakwa ajaran Islam sebenar telah diseleweng pada 850 Masihi. 

“Mereka juga berpandangan bahawa ayat Al-Quran mungkin tersalah tulis kerana kitab suci terbabit pada waktu itu hanya menggunakan kulit dan tulang binatang,” katanya. 

Mengulas lanjut Wan Zahidi berkata, ajaran AMMA juga mendakwa Al-Quran terdapat dalam dua bentuk iaitu Al-Quran hidup yang ditafsir sebagai alam mini dan berada dalam diri manusia serta Al-Quran dalam bentuk Mashaf. 

“Hujah mereka, sudah tentu Al-Quran yang ada sekarang ditulis dan dibukukan oleh Nabi (Muhammad SAW) jika benar ia amat penting,” katanya. 

Lebih membimbangkan ujarnya, ajaran terbabit mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak dilantik menjadi Rasul, walhal baginda telah tahu kewujudan Allah SWT sedari kanak-kanak. 

“Rasulullah SAW tahu mengenai kewujudan Allah SWT ketika dibersihkan hatinya ketika dibersihkan hatinya di zaman kanak-kanak. 

“Mereka juga menimbulkan persoalan, apakah Rasulullah SAW seorang yang lembab kerana tidak mampu membaca dan menulis pada usia 40 tahun,” katanya. 

Tegas beliau, umat Islam diingatkan agar menjauhi dan tidak berpegang atau beramal dengan ajaran berkenaan. 

“Mana-mana orang yang telah terlibat dengan pegangan dan pengamalan ajaran ini hendaklah bertaubat kepada Allah SWT,” katanya. - Getaran, 23 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad