web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan: Kedah Guna Logo, Tema Sama Dengan Persekutuan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 7:18PM

Muhammad Sanusi Md Nor (tengah) mengingatkan orang ramai termasuk wartawan agar tidak membuat sebarang spekulasi - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah bakal menggunakan logo serta tema yang sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. 

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, tiada sebarang isu yang timbul berhubung perkara tersebut dan semua pihak termasuk wartawan, diingatkan supaya tidak menggunakan isu berkenaan untuk melaga-lagakan orang lain. 

Katanya, tindakan untuk menggunakan logo serta tema sama seperti Persekutuan itu juga tidak bermaksud yang Kedah 'mengikut' Pakatan Harapan (PH). 

"Sama seperti Terengganu, pendirian kita ikut Persekutuan. Tak ada isu apa pun kerana ini merupakan sambutan di peringkat kebangsaan, jadi negeri follow sajalah. 

"Nak timbulkan perbalahan buat apa? Bukan makna kita setuju dengan 'Madani' atau 'Perpaduan'. Perpaduankah, Madanikah... 'Hang' bubuhlah apa pun, hati kita tetap macam kitalah. 

"Yang penting patriotik kerana slogan yang sebelum ini pun kita lupa dah. Bukan kita nak follow PH tetapi oleh kerana dah dijadikan slogan nasional, kita ikut sajalah," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pertama selepas pilihan raya negeri (PRN) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 

Logo Hari Kebangsaan yang dilancarkan Pemuda PN baru-baru ini - gambar fail
Logo Hari Kebangsaan yang dilancarkan Pemuda PN baru-baru ini - gambar fail

Sabtu lalu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan. 

Menurut Ahmad Fadhli, empat negeri tersebut iaitu Kedah, Terengganu, Perlis dan Kelantan berkemungkinan menggunakan logo alternatif memaparkan lima kelopak membentuk bunga kebangsaan, serta mengambil elemen warna Jalur Gemilang dengan tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.

Tindakan itu dipersoalkan banyak pihak, apatah lagi Kerajaan Persekutuan terlebih dulu mengumumkan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 dengan logo Malaysia Madani diangkat menjadi logo rasmi. 

Sementara itu, Muhammad Sanusi menyifatkan isu berkaitan rasa tidak puas hati BERSATU terhadap pengagihan kerusi Exco dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah, sudah tidak berbangkit dan dapat diselesaikan. 

"Yang itu kena tanya 'depa', mana boleh tanya saya. Tak puas hati 'dok' kat depa tetapi kalau tanya saya, mana saya tahu? 

"'Hang' (wartawan) saja nak korek kan? Nak jolok, bagi jadi tajuk. Hal itu dah tak berbangkit lagi dan sudah diselesaikan," katanya. 

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan pemberian bantuan khas berjumlah RM400 kepada 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri melibatkan peruntukan berjumlah RM2.08 juta yang akan dibayar 14 September depan. 

"Pemberian bantuan khas ini kerana Perdana Menteri dah umum pemberian khas kepada kakitangan awam Persekutuan berjumlah RM300 sebelum ini. Kita tak buat tempoh berkempen kerana takut jadi sogokan pilihan raya. 

"Kita buat keputusan selepas pilihan raya negeri (PRN) untuk beri RM400 kepada 5,600 orang melibatkan peruntukan RM2.08 juta. Wang itu akan dibayar pada 14 September," katanya. - Getaran, 23 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang