web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kompaun 3 Peniaga Dikurang Lebih 90 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 6:00PM

Kompaun Wan Mohd Faisal dikekalkan kepada RM2,000 kerana ia adalah kesalahan berulang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 kerana berniaga lebih had masa ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 25 April lalu menarik nafas lega apabila masing-masing diberikan diskaun lebih 90 peratus.

Keputusan berkenaan adalah susulan kepada rayuan masing-masing yang diterima Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN).

Ini bermakna mereka hanya perlu membayar RM2,000 setiap seorang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kompaun peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Noor, 42 dan pengusaha kedai runcit, Mansah Marjurin, 47 akan dikurangkan lagi kepada RM1,000 jika ia dijelaskan dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Menurut beliau, jumlah berkenaan sekaliagi akan dikurangkan kepada RM500 jika mereka terdiri daripaclda golongan B40.

“Untuk peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, kompaun dikekalkan pada RM2,000 kerana ia adalah kesalahan berulang.

“Menurut garis panduan, jumlah itu tidak boleh dikurangkan lagi,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizi melahirkan kesyukuran kerana mendapat pengurangan kompaun sehingga RM2,000.

Katanya, pengurangan itu memberi makna yang amat besar buat dirinya dan keluarga, kerana jumlah yang begitu banyak berbanding nilai asal kompaun.

“Saya sudah hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu untuk mengambil keputusan rayuan pengurangan kompaun.

“Saya perlu mengemukakan pengesahan dokumen bagi melayakkan saya membayar hanya RM500 dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih atas semua bantuan diberikan, hingga membolehkan kompaun itu dikurangkan dengan begitu banyak.

“Saya berjanji akan menyelesaikan jumlah kompaun itu dalam masa tujuh hari,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, tiga peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi masa pada 25 April lalu.

Mereka dikenakan kompaun antara jam 11.10 malam sehingga 11.40 malam ketika berniaga di premis masing-masing di Tanjung Chat dan Kampung Rambutan Rendang, di sini. - Getaran, 23 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Enggan Bayar Saman Tertunggak, MPAJ Cadang Senarai Hitam Lesen Perniagaan

3

Muzik 2 tahun yang lalu

“Bukan Nak Lari, Tapi Harga Lesen Biarlah Munasabah” - Angkasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langgar SOP PPN, 122 Pengunjung Pusat Hiburan Terima Kompaun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia