web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lafaz Taklik Kerana Taksub Politik Amat Tidak Bertanggungjawab, Sila Dapatkan Pengesahan Segera Hakim Syarie

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 9:50PM

Lafaz taklik Mansor Ali tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suami yang menggunakan lafaz taklik kerana taksub kepada pimpinan politik tertentu disifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, taklik dari sudut hukum tidak boleh ditarik selepas dilafazkan.

Menurut beliau, adalah amat tidak bertanggungjawab apabila taklik itu dikaitkan dengan perceraian talak tiga ke atas seorang isteri.

“Seorang isteri tadi tidak boleh dijadikan objek pertukaran (atau) jadi sebab kepada sesuatu taklik sebab isteri ini perlu dinilai, dinaikkan martabat.

“Islam menaikkan taraf seorang isteri tersebut dan seorang wanita,” katanya menerusi hantaran di platform TikTok.

@dsdrnaim Menjawab persoalan isu viral berkenaan lafaz taklik seorang individu jika kerajaan tidak bertukar pada bulan Ogos. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah ♬ Rain of Tears - Steve Ralph

Mohd Na’im menyatakan demikian ketika diminta mengulas lafaz taklik seorang lelaki yang bersumpah mahu menceraikan isterinya dengan talak tiga, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menyandang portfolio Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dikenali sebagai Mansor Ali, hantaran lelaki tersebut turut tular di media sosial.

Mengulas lanjut Mohd Na’im berkata, lelaki terbabit perlu memfailkan kes di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan ke atas lafaz talak berkenaan.

 “Yang ini diperuntukkan dalam semua enakmen negeri, jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami yang taklik itu telah dilafazkan untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan perceraian taklik tersebut.

“Hanya Hakim Syarie di lokasi pasangan berkenaan bermastautin sahaja yang boleh mengesahkan lafaz taklik tersebut jatuh ataupun tidak.

Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail
Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail

“Saya nasihatkan seorang suami perlu bertanggungjawab bila lafazkan taklik, jangan libatkan maruah seorang isteri,” katanya.

Tegas beliau, pasangan terlibat juga diingatkan agar tidak merujuk perkara itu kepada pihak ketiga.

“Yang hanya boleh mengesahkan hanyalah Hakim Syarie di lokasi pasangan berkenaan bermastautin. Khalas, selesai masalah kalau begitu,” katanya. - Getaran, 1 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan