web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hattem Sempat Gerakkan Jari, Air Mata Menitis Sebelum ‘Pergi’ - Ibu 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 8:41PM

Muniroh Ahmad menunjukkan gambar Muhammad Hattem Rashdi yang tersimpan dalam telefon bimbitnya - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kenangan menyaksikan anak bongsunya, Muhammad Hattem Rashdi, 22, menggerakkan jari kanan dengan linangan air mata walaupun sedang ditidurkan bakal terpahat kemas dalam lipatan memori seorang ibu, Muniroh Ahmad, 58 buat selama-lamanya. 

Ia menjadi momento termahal, kerana itulah kali terakhir Muniroh menyaksikan reaksi anaknya, sebelum pemuda tersebut menghembuskan nafas terakhir.  

Menurut ibu kepada lima anak itu, Muhammad Hattem seakan menyedari kehadiran dirinya bersama suami, Rashdi Othman, 65, di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang  bagi membacakan Surah Yassin di sisinya, semalam. 

Katanya, Muhammad Hattem yang terlibat dalam kemalangan ketika menyertai perlumbaan Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 di 'Speedway' Taman Tasik Sultan Abu Bakar amat rapat dengannya. 

Muhammad Hatem Rashdi - gambar dari koleksi keluarga
Muhammad Hatem Rashdi - gambar dari koleksi keluarga

"Saya sempat bisikkan di telinga arwah yang saya halalkan setiap titis air susu dan mengampunkan dosanya. Selain itu saya juga berpesan agar tunggu saya di syurga. 

"Sejurus selepas itu, arwah tidak lagi memberi sebarang tindak balas dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Padang Lalang dekat sini, hari ini. 

Kejadian kira-kira jam1 pagi Ahad lalu itu menyaksikan motosikal ditunggang Muhammad Hattem hilang kawalan dan terbabas, menyebabkan pemuda terbabit mengalami kecederaan parah dan bertarung nyawa selama hampir 15 jam, sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Allahyarham yang turut dikenali di TikTok ialah penunggang pasukan ESR Motor sejak dua tahun lalu, malah pernah beberapa beberapa kali memenangi pelbagai perlumbaan drag di dalam dan luar negara. 

Muniroh Ahmad (kiri) melihat foto Muhammad Hattem bersama anak-anaknya - gambar Rafisqi Radhi
Muniroh Ahmad (kiri) melihat foto Muhammad Hattem bersama anak-anaknya - gambar Rafisqi Radhi

Dalam perkembangan berkaitan, Muniroh memaklumkan, dia menyaksikan sendiri kemalangan yang menimpa anaknya itu menerusi penstriman secara langsung di TikTok. 

"Saya tak pernah terlepas daripada menyaksikan perlumbaan disertainya. Sewaktu mula-mula melihat dia terjatuh, saya sangkakan itu hanya kemalangan biasa. 

"Namun saya mula rasa tak sedap hati apabila siaran langsung itu dihentikan secara tiba-tiba. Saya lalu menghubungi adik yang turut berada di lokasi kejadian, sebelum dia menghantar beberapa keping gambar Muhammad Hattem dalam keadaan berlumuran darah," katanya. 

Sementara itu, kakak Muhammad Hattem, Noor Ashikin Rashdi, 36, memberitahu, si bongsu kesayangan keluarga itu sememangnya amat rapat dengan ibu mereka. 

Gambar kenangan Muhammad Hattem bersama keluarganya - gambar koleksi keluarga
Gambar kenangan Muhammad Hattem bersama keluarganya - gambar koleksi keluarga

"Kalau anak-anak muda lain gemar bawa teman wanita ketika melepak bersama kawan-kawan, Muhammad Hattem pula lebih senang keluar dengan ibu kami. Hari ini kami terkejut kerana hampir 3,000 tetamu datang mengiringinya ke tanah perkuburan dan kami pun tak kenal mereka kerana ada yang sanggup datang dari jauh. 

"Melihat cara dia pergi dengan mendapat keampunan dan reda ibu serta wajah yang bersih seakan tidur, itu cukup melegakan kami. Setiap ahli keluarga juga reda dengan pemergian adik bongsu yang kami sayangi," katanya, sebak. 

Jenazah Muhammad Hattem selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - Getaran 5 Sept. 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'