web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berang Masalah Masih Tak Selesai, Penduduk Tahan Kenderaan Agong Untuk Mengadu

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 8:14AM

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berkenan bergambar bersama penduduk setempat di Sabah baru-baru ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah nyata memainkan peranan yang sangat besar bagi penduduk Malaysia Timur. 

Bukan sekadar berpeluang menyaksikan sendiri pemerintah tertinggi negara itu pada jarak dekat, program berkenaan turut membuka ruang untuk penduduk mengadu mengenai permasalahan setempat yang sudah dialami sejak sekian lama. 

Barang kali sudah tidak lagi mampu bersabar, ada segelintir penduduk di daerah tertentu bertindak menahan kenderaan dipandu Yang di-Pertuan Agong. 

Insiden tersebut dipaparkan di X oleh Lina Klasik yang menggunakan akaun @LinaRamsah. 

“Ambik kau!! Orang kampung terus tahan kereta Tuanku minta Tuanku turun tengok masalah dorang. Go Sabahan! Kita gass!!” ciapnya. 

Dipercayai berlaku di Kampung Lungkidau, Ranau, video terbabit memaparkan baginda berkenan turun untuk menyaksikan sendiri masalah yang mahu diadukan kumpulan penduduk terbabit. 

Menerusi video itu juga, jelas kelihatan sebuah jambatan yang hampir roboh dan masih belum dibaiki. 

Difahamkan, kerosakan itu menyebabkan penduduk terpaksa memperjudikan nyawa masing-masing setiap kali mereka perlu menyeberangi sungai bagi melakukan urusan harian.

Video berkenaan turut memaparkan Tunku Azizah berkenan merakam gambar jambatan yang sudah usang itu. 

Kejadian sama dimuat naik di TikTok oleh @ennpisz26 yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Seri Paduka atas keprihatinan dan titah baginda untuk memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Ampun Tuanku. Beribu-ribu ampun. Kami Rakyat Kampung Lungkidau menzahirkan ribuan terima kasih atas keprihatinan atas keluhan kami,” katanya. 

@ennpisz26 Ampun Tuanku Beribu Ribu Ampun?Kami Rakyat Kg.Lungkidau Menzahirkan Ribuan Terima Kasih Atas Keprihatinan atas keluhan kami ??? DAULAT TUANKU ❤️#kembaraborneodirgahayutuanku #fyp #keluhanrakyatjelata #viral ♬ bunyi asal - N?

Video berkenaan turut dimuat naik di YouTube oleh akaun Video In Malaysia dan menerima reaksi hangat netizen.

Seorang individu yang menggunakan akaun @ladymoon2379 berkata, program Kembara Borneo ini memberi ruang untuk pemerintah melihat sendiri keadaan yang melatari Sabah dan Sarawak selama ini.

"Actually this "Kembara Borneo" trip is a very good program for our YDP Agung n Raja Permaisuri. Kedua-duanya boleh nampak dengan mata kepala sendiri n boleh rasa apa-apa yang rakyat Sabah n Sarawak hadapi dalam kehidupan seharian especially those yang duduk di kawasan pedalaman n jauh dari bandar-bandar besar.

"Harap harap nanti selepas baginda berdua balik ke KL boleh sound PMX suruh menteri-menteri n jabatan-jabatan yang berkaitan siapkan apa-apa yang terbengkalai n cepatkan segala infrastructure yang diperlukan oleh rakyat di Sabah n Sarawak. Hope menteri-menteri di Sabah n Sarawak yang "tak buat kerja" n yang songlap duit rakyat dicantas terus. Hopefully Sabah n Sarawak di upgrade cepat coz ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, akan beroperasi tak lama lagi. Saya pasti bila Nusantara naik, Sabah n Sarawak akan turut maju n berkembang," katanya. - Getaran, 8 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

4

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Sukan 12 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

oleh Wartawan Hiburan Getaran