web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jual Pelitup Muka Lebih Harga Pasaran? Awas Tindakan Tegas!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 3:17PM

Kompaun akan dikenakan ke atas mereka yang menjual pelitup muka N95 melebihi harga pasaran. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menjual pelitup muka melebihi harga pasaran, termasuk kompaun sehingga RM100,000 untuk individu dan RM500,000 bagi syarikat atau farmasi.

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, kementerian menerima banyak aduan berhubung kenaikan harga pelitup muka N95, khususnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut beliau, harga pasaran bagi pelitup muka jenis itu masih sama seperti tahun lalu iaitu RM6 seunit.

“Kami maklum tentang aduan yang diterima daripada pengguna berhubung pelitup muka N95 ini, susulan saranan kerajaan untuk orang ramai mengelakkan diri daripada COVID-19.

“Kerisauan rakyat terhadap peningkatan kes membuatkan pelitup muka N95 semakin menjadi pilihan dan ia mendorong pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati,” katanya kepada Getaran.

Harga pasaran bagi pelitup muka selapis ialah RM7 sekotak, manakala pelitup muka dua dan tiga lapis masing-masing dijual pada RM10 serta RM50 sekotak.

KPDNHEP pada 15 Ogos tahun lalu memaklumkan bahawa empat jenis pelitup muka sudah diwartakan sebagai barangan kawalan di bawah Perintah-Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2020.

Tegas sumber, KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan berkenaan, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum untuk individu, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Untuk syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.

Beliau memberitahu, kegagalan meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal untuk individu membolehkan mereka didenda sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000

“Bagi syarikat, mereka boleh dedenda sehingga RM100,000 atau kompaun sehingga RM50,000,” katanya. – Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Anwar Mahu Tindakan Segera Dilaksana Ikut Undang-Undang

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Terhadap Penjaja Eksploitasi Tapak Bazar Ramadan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia