web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Bawa Bom, Polis Bantuan Didenda RM2,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 3:25PM

Seorang lelaki didenda RM2,000 selepas mengaku salah menakutkan secara jenayah petugas LTT di Mahkamah Majistret, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang polis bantuan dikenakan hukuman denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menakutkan secara jenayah petugas Lapangan Terbang Tawau (LTT) di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Saddam Buklau, 30, didakwa melakukan kesalahan itu 20 Mei lalu pada jam 8.20 pagi, di hadapan kaunter pendaftaran masuk penerbangan (LTT).

Berdasarkan fakta kes, Saddam didakwa menyebut perkataan 'bom' dengan kuat ketika petugas LTT bertanyakan isi kandungan kotak yang dibawanya untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Tindakan tertuduh itu adalah satu kesalahan menakutkan secara jenayah dan mendatangkan kegusaran kepada petugas LTT.

Ia menyebabkan bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau penjara atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Jhesseny Kang dalam rayuannya menjelaskan, dia berada dalam tekanan selepas terpaksa menunggu lama di LTT, sehingga menyebabkan dua anak kecilnya meragam.

Sebaik tiba di kaunter pendaftaran masuk penerbangan, tertuduh mahu memaklumkan kandungan sebenar kotak berkenaan iaitu sejenis kuih dikenali sebagai putu, namun, menyebut perkataan bom, selepas didorong oleh perasaan marah dan tertekan.

Sehubungan itu, tertuduh merayu mahkamah agar mengenakan hukuman ringan memandangkan ia perbuatan tidak disengajakan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, P Kershanathan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan perbuatan tertuduh itu menyebabkan kebimbangan awam.

Malah ia juga menyebabkan ramai tenaga kerja terpaksa dikerahkan ke lokasi untuk melakukan penyiasatan, termasuk Unit Pemusnah Bom.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara selama dua bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan. – Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Bawa Segera Dalang Pengeboman Wilayah Kerman Ke Muka Pengadilan - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Bom Lama Sebesar Tong Gas Ditemui Di Gemas

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Emel Ancaman Bom Pernah Dikesan Di Jamaica - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia