web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ajal Di Kolam Terbiar, Mayat Datuk, Cucu, Ditemui Terapung

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 3:00PM

Kolam terbiar yang meragut nyawa kedua-dua mangsa - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI – Ajal seorang warga emas dan cucunya berakhir dalam keadaan cukup memilukan, apabila jasad kedua-dua mereka ditemui terapung dalam kolam terbiar, berhampiran sebuah restoran ikan bakar dekat Taman Kempas di sini, petang semalam. 

Mangsa, dikenali sebagai Azmi Abdullah, 78 dan Muhammad Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith, 2, ditemui oleh orang ramai ketika senja hampir menjelang. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kanak-kanak itu dilaporkan sering mengikut datuknya untuk bersiar-siar setiap petang selepas diambil dari ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.  

"Ayah kanak-kanak itu bagaimanapun merasa hairan kerana semalam, kedua-dua mangsa tidak pulang ke rumah walaupun sudah hampir jam 7 petang. Disebabkan itu, dia keluar dari rumah untuk mencari mereka berdua.

"Setibanya di kawasan kolam tersebut, lelaki berkenaan berhenti setelah mendapati ramai orang berkumpul. Dia kemudiannya terkejut setelah melihat kedua-dua mangsa terapung dalam kolam itu," katanya. 

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar oleh orang awam dari kolam tersebut yang berkedalaman kira-kira satu meter.

"Kematian mereka disahkan petugas perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang hadir ke lokasi. Jenazah datuk dan cucu itu kemudiannya dibawa ke HSAH untuk dibedah siasat.  

"Setakat ini tiada unsur-unsur jenayah ditemukan. Bagaimanapun pihak kami masih menanti keputusan bedah siasat dan sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya. - Getaran, 12 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah