web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Komited Kekalkan 50 Peratus Kawasan Berhutan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2023 9:15AM

Perdana Menteri ketika mempengerusikan MTN-80 di Putrajaya - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan, selaras dengan Sidang Kemuncak di Rio De Janeiro pada 1992.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu juga sejajar dengan dasar pelupusan tanah  kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku penyedia perkhidmatan elektrik negara.

Menurut beliau, ia dilakukan tanpa mengetepikan kuasa diperuntukkan Perlembagaan kepada Pihak-Pihak Berkuasa Negeri.

“Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-80 (MTN-80) juga bersetuju dengan keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 (MMN2) yang melibatkan kelulusan secara prinsip Dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia.

“Ia turut meliputi syarat kelayakan penyediaan dan perakuan Laporan Carigali dan Penjelajahan hanya oleh Ahli Geologi Berdaftar, Ahli Geologi Asing Berdaftar, Pengamal Berdaftar atau Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan MTN-80 di Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri berbual dengan beberapa tetamu selepas mempengerusikan MTN-80
Perdana Menteri berbual dengan beberapa tetamu selepas mempengerusikan MTN-80

Jelas Perdana Menteri, MTN-80 ialah wadah bagi kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan kerajaan negeri.

“Ia melibatkan hal ehwal berkaitan dasar yang menyentuh tata kelola pentadbiran tanah yang konklusif, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. 

“Aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam kita mentadbir urus soal guna tanah.

“Ia penting bagi memulihara khazanah untuk diwarisi generasi akan datang,” katanya. - Getaran, 13 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad