web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peranan TH Akan Terus Dimartabat, Diyakini Sebagai Institusi Umat Islam Tempatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2023 8:29PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat pameran di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji di Dewan Besar TH Tun Razak. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan akan terus komited mengangkat dan memartabatkan peranan Tabung Haji (TH) agar terus diyakini sebagai institusi umat Islam di Malaysia.

Memberikan jaminan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia supaya TH bukan sahaja berupaya memberi manfaat secara ekonomi, tetapi lebih penting ialah aspek keberkatan dalam pengabdian kepada Allah SWT.

Menurut beliau, penubuhan Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid adalah satu zeitgeist atau keperluan ketika itu untuk memperkasa kekuatan ekonomi umat Islam selain melaksanakan pengurusan Haji.

“Walaupun memfokuskan fungsi pengurusan ibadah haji dan ekonomi, Tabung Haji masih tertakluk kepada tatakelola, pengurusan yang cekap, amanah dan penuh integriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri menyatakan demikian sempena sambutan ulang tahun ke-60 TH, yang terlebih dahulu dihadirinya pagi tadi.

“Hari ini saya telah menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji di Dewan Besar TH Tun Razak.

“Saya turut diapitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Haji Mohd Na’im dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar,” katanya.

Berkongsi petikan ucapan pada majlis berkenaan, Anwar berkata kerajaan akan mengembalikan semula aset yang berada dalam pegangan Kementerian Kewangan kepada Tabung Haji.

Selain itu katanya, Akta Tabung Haji juga sedang disemak agar dapat diterapkan konsep Maqasid Syariah selari dengan perubahan zaman. 

“Saya juga singgung kesan ibadah haji yang mempunyai dampak besar kepada usaha meniupkan semangat dan roh perjuangan umat Islam.

“Ini sebagaimana rekomendasi Snouck Hurgronje dalam tulisannya “Mecca in the Latter Part of the 19th Century” yang menyarankan agar umat Islam dihalang untuk melaksanakan ibadah haji kerana terdapat sebilangan umat Islam yang mendapat manfaat pengajian dan pertemuan di Tanah Suci,” katanya.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, jemaah berkenaan sebaik kembali ke daerah asal mereka, membangunkan pula pesantren yang disifatkan oleh Bapak Mohamad Natsir sebagai benteng akidah dan sahsiah umat pada ketika penjajah menenggelamkan dan menawan intéligénsia tempatan.

“Begitu juga dengan al-Hajj Malik El-Shabazz (Malcolm X) setelah selesai menunaikan ibadah haji telah menulis satu surat yang menukilkan pengalaman mengenai keindahan Islam yang terpancar menerusi ibadah haji.

“Kesan daripada surat dan pengalaman ini memberi makna kepada perjuangan Malcom X khususnya di Amerika Syarikat,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga TH atas ulang tahun berkenaan.

“Syabas atas kejayaan cemerlang selama enam dekad mengurus kebajikan Jemaah Haji Malaysia dan membantu dalam menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negara,” katanya. 

Sementara itu jurucakap TH dipetik sebagai berkata, TH sehingga telah menguruskan 1.5 juta jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

TH juga katanya, membelanjakan RM2.5 bilion untuk Bantuan Kewangan Haji bagi meringankan beban bakal haji negara sejak 2001.

“TH juga telah mengagihkan keuntungan berjumlah lebih RM40 bilion kepada pendepositnya dalam tempoh 60 tahun. 

“Bermula dengan hanya 1,281 pendeposit dengan tabungan sebanyak RM46,610, TH kini mempunyai hampir sembilan juta pendeposit dengan jumlah tabungan lebih RM89 bilion. - Getaran, 29 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad