web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Lelaki Dituduh Bunuh Warga Emas

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2023 12:51PM

Empat suspek yang didakwa membunuh seorang warga emas, dibawa ke Mahkamah Majistret Baling, pagi tadi. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Kuala Ketil, awal bulan ini.

Kesemua tertuduh, K. Tamilselvam, 25; C. Vickarran, 33; Sarim Omar, 33 dan S. Sureshkumar, 21, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, dengan niat bersama, membunuh  S. Kanan, 71.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lorong Bidara 4, Taman Desa Bidara, Kuala Ketil antara pukul 3 petang hingga 4.20 petang, 1 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Sekiranya tidak dihukum gantung, individu terlibat hendaklah juga dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ikmal Afandi Zulkifli manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 Disember depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Sebelum ini Getaran melaporkan mengenai kematian Kanan yang dipercayai dijerut lehernya oleh suspek, dengan menggunakan kain pelikat milik mangsa.

Warga emas itu yang tinggal sendirian setelah kematian isteri lapan tahun lalu, turut ditemukan dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dengan menggunakan kain pelikat.

Polis mengesyaki mangsa disamun selepas beberapa barangan didapati hilang dari rumahnya iaitu seutas rantai emas, sebentuk cincin sering dipakainya serta dompet.

Tiada kesan pecah masuk ditemui pada rumah mangsa namun pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa mendapati, terdapat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap yang keluar dari rumah tersebut. – Getaran, 10 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi