web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DBKL Tutup 44 Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Di Jalan Kenanga 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 2:37PM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta 44 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar Jalan Kenanga, di sini semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta 44 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar Jalan Kenanga di sini, semalam.

Menurut DBKL, penutupan premis tersebut dibuat di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 menerusi Operasi Bersepadu (Op Tebah) Terhadap Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Siri 5 Tahun 2023.

Pada masa sama, DBKL turut mengeluarkan 51 notis kompaun melibatkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, penggajian warga asing dan melanggar syarat lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan selepas ini terus kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan mereka," menurut kenyataan itu hari ini.

Selain DBKL, operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dalam serbuan kali ini, 217 aktiviti premis perniagaan membabitkan kedai menjual tudung, kain, pakaian, kasut, beg, aksesori telefon bimbit, peralatan komputer, rokok elektronik (vape) dan aktiviti lain serta sejumlah 85 pekerja serta pengendali premis perniagaan diperiksa terutama melibatkan warga asing.

"Seramai 29 pekerja warga asing terdiri daripada 22 pekerja Bangladesh, Indonesia (tiga), Pakistan (tiga) dan seorang pekerja Myanmar ditahan JIM kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menerusi kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.

SSM pula mengeluarkan 92 notis kompaun pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang iaitu 64 notis berkaitan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan 28 notis mengenai Akta Syarikat 2016 ke atas pemilik perniagaan dan syarikat.

Sementara itu, JPN membuat 42 semakan dan teguran terhadap individu atau pengendali perniagaan berkaitan penggunaan kad pengenalan yang sah berdaftar atau meragukan menerusi Akta Pendaftaran Negara 1959.

"Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di semua lokasi tumpuan yang lain melibatkan aktiviti perniagaan dikendalikan warga asing," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia