web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ancaman Bom Di Midvalley Southkey Hanya Panggilan Palsu - Polis Johor

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 9:20AM

Sebahagian daripada pengunjung pusat beli belah Midvalley Southkey di Johor Bahru yang diarahkan keluar selepas pengurusannya menerima panggilan bom yang kemudian disahkan sebagai palsu. - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ancaman bom di sekitar pusat beli belah Midvalley Southkey di Johor Bahru malam tadi disahkan sebagai palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan oleh 92 pegawai kanan polis dan anggota, termasuk dua unit anjing pengesan K9 tidak menemui sebarang bahan letupan di lokasi kejadian.

Menurut beliau, ancaman bom berkenaan dipercayai dibuat seorang lelaki warganegara asing, yang telah menghubungi pengurusan pusat beli belah berkenaan.

“Sekitar jam 6.10 petang semalam, polis kontinjen Johor telah menerima satu panggilan telefon daripada pengurusan pusat beli belah Midvalley Southkey.

“Mereka mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dipercayai warga asing yang menyatakan telah meletakkan bom di sekitar kawasan pusat beli belah dan hotel,” katanya.

Jelas Kamarul, polis yang bertindak atas maklumat tiba di lokasi kejadian pada jam 6.15 petang semalam.

@getaranmy Pengunjung ke pusat membeli belah Mid Valley Southkey di Johor Bahru mengalami detik cemas apabila diarah untuk keluar secara tiba-tiba. Polis mengesahkan pihak pengurusan tempat Itu telah menerima panggilan berbaur ancaman dari seorang lelaki sekitar jam 6 petang. Laporan penuh akan menyusul. Kredit video: arfdy12 #getaranmy #berita #beritatiktok #beritaditiktok #midvalley ♬ original sound - Getaran

“Selain pasukan polis, turut ditugaskan ke lokasi ialah tiga pegawai dan 20 anggota bomba,” katanya.

Beliau memberitahu, pemeriksaan yang dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom dan anjing pengesan K9 sehingga jam 11.30 malam tadi ke atas keseluruhan kawasan tidak menemui sebarang ancaman dimaksudkan.

“Tiada objek mencurigakan dikesan dan pusat beli belah serta kawasan sekitarnya selamat untuk beroperasi seperti biasa,” katanya.

Kes berkenaan tambah Kamarul, disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya. - Getaran, 15 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'