web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan McDonald’s Israel Bukan Amalan Di Peringkat Global

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 1:35PM

Kenyataan McDonald's Malaysia berhubung tindakan McDonald's Israel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Tindakan Mcdonald's Israel menyumbangkan makanan kepada tentera Zionis adalah tindakan 'persendirian' yang diambil pihak pemegang francais di negara itu.

Justeru, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai langkah global, dasar syarikat atau pendirian politik yang menjadi pegangan Mcdonald's di peringkat global.

Mcdonald's Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, adalah penting untuk menjelaskan bahawa tindakan tersebut merujuk kepada pasaran bebas dan langsung tidak mencerminkan sebarang nilai mahu pun kebiasaan yang diamalkan Mcdonald's Malaysia.

"Keputusan unilateral diambil pemegang francais individu tidak sepatutnya dianggap sebagai langkah global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang menjadi pegangan Mcdonald's di peringkat global.

"Langkah diambil operator Mcdonald's di Israel memberi contoh terhadap tindakan individu dan bukannya keputusan global. Ia juga tidak diluluskan oleh mana-mana operator tempatan lain," katanya dalam satu kenyataa, hari ini.

Baru-baru ini Mcdonald's Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas kumpulan Hamas melakukan serangan pada Sabtu lalu.

Mcdonald’s Malaysia menegaskan, pihaknya sedar mengenai perbincangan dalam masyarakat terutamanya di media sosial berkaitan perkara itu.

Bagaimanapun, tegasnya, sesuatu yang amat mustahak untuk difahami adalah Mcdonald's Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.) sebuah syarikat operasi tempatan.

Malah, katanya, sejak diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. bawah Syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus pemilikan Muslim.

"Sejak itu, kami membayar zakat secara berterusan setiap tahun dan pada 2023, kami telah menyumbangkan sebanyak RM12 juta zakat kepada 14 negeri di Malaysia bagi disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik.

"Mcdonalds Malaysia sentiasa komited dalam usaha kami menyantuni serta memberikan kembali kepada komuniti di kawasan kami beroperasi.

“Sebagai tambahan, kami juga mengambil ribuan pekerja tempatan dan melabur kepada ekonomi serta komuniti tempatan," katanya. – Getaran, 15 Oktober 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang