web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Pengedar Sah Kata Tiada Benih Padi, Tapi Macam Mana Boleh Ada Di Pasaran Gelap?’ - Petani

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:25PM

Hampir semua PPK Kedah tidak memperolehi bekalan benih padi daripada pihak sepatutnya - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketika jadual penanaman padi sudah pun sepatutnya bermula penghujung bulan lalu di beberapa kawasan, kalangan pesawah di negeri ini masih dibelenggu kepayahan untuk mendapatkan benih padi sah pada harga sepatutnya.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, beliau difahamkan hampir kesemua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Kedah berdepan masalah selaku pengedar sah untuk menjual benih padi kepada petani, kerana mereka tidak memperolehi bekalan daripada pihak sepatutnya.

Che Ani Mat Zain - gambar Rafisqi Radhi
Che Ani Mat Zain - gambar Rafisqi Radhi

Namun apa yang menghairankan katanya, bekalan benih padi sah itu ada pula dijual di 'pasaran gelap' pada harga cukup mahal, manakala kalangan petani pula tidak diberikan resit dalam urusan jual beli.

"Bayangkanlah, harga benih yang sepatutnya cuma RM35 sekampit (20 kilogram) di pintu kilang, dijual pada harga lebih RM50 di pasaran gelap. Tetapi saya difahamkan apabila PPK bertanya di kilang-kilang yang mengedarkan benih, pelbagai alasan diberikan mengenai ketiadaan bekalan.

"Antara alasan diberikan adalah, benih padi sah yang disediakan untuk musim penanaman kali ini belum diluluskan di peringkat Jabatan Pertanian. Tetapi bagaimana benih-benih padi tersebut boleh dijual di pihak tertentu di pasaran gelap pada harga lebih mahal?

"Mahu tidak mahu, ada pesawah yang tetap membeli benih padi tersebut pada harga mahal kerana tidak mahu terlewat mengikuti jadual penanaman padi ditetapkan MADA. Apa yang berlaku tentu tidak adil buat mereka yang terpaksa mengeluarkan duit lebih bagi mendapatkan benih," katanya kepada Getaran.

Tambahnya, beliau ada menghubungi pihak Kawal Selia Padi dan Beras berhubung perkara itu namun pihak berkuasa terbabit memaklumkan, ia perlu dipanjangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Tetapi apabila saya hubungi KPDN, pihak berkuasa itu mendakwa yang perkara tersebut bukan di bawah tanggungjawab mereka. Jadi, ke mana hendak kami adukan hal ini?" soalnya.

Dalam pada itu, Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob ketika dihubungi memaklumkan, terdapat dalam kalangan petani yang berada di selatan Kedah terpaksa turun ke merata tempat bagi mencari benih padi sah untuk mereka melaksanakan kerja-kerja pertanian bagi musim ini.

Abdul Rashid Yob - gambar Rafisqi Radhi
Abdul Rashid Yob - gambar Rafisqi Radhi

"Ada dalam kalangan pesawah di Kota Kuala Muda yang terpaksa mencari benih di Kedah Utara. Apabila bekalan itu ada, mereka terpaksa pula beli dengan harga mahal kerana sukar mendapatkannya di tempat lain.

"Jumaat lalu saya ke Balik Pulau di Pulau Pinang dan pesawah di sana memaklumkan yang mereka perlukan kira-kira 2,000 kampit benih lagi bagi mencukupkan permintaan. Mereka minta saya carikan bekalan itu kerana mendakwa, tawaran harga sesetengah pihak kepada mereka cukup tinggi iaitu mencecah RM53 sekampit," katanya. - Getaran 16 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang