web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sempadan Rafah Akhirnya Dibuka, Bantuan Dinanti Tiba Jua

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 9:01PM

Bantuan kemanusiaan akhirnya dapat disalurkan selepas sempadan Rafah dibuka - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mangsa kekejaman rejim Zionis di Palestin memperoleh sedikit sinar apabila sempadan Rafah akhirnya dibuka, sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk di Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, fasa pertama bantuan terdiri daripada 20 trak itu diibaratkan sebagai setitis air di lautan, kerana ia tidak akan mampu menampung keperluan semua penduduk.

Al Jazeera melaporkan, penduduk Palestin di Ramallah menganggap bantuan berkenaan sebagai sandiwara komuniti antarabangsa, kononnya mereka mengambil berat mengenai Gaza.

Ketika ditemui agensi terbabit, kumpulan penduduk tersebut memberitahu, bekalan dibawa 20 trak itu hanya sejumlah kecil daripada bantuan sebenar diperlukan rakyat.

Difahamkan, lebih daripada 200 trak membawa sekitar 3,000 tan bantuan sudah sedia berada di Rafah, beberapa hari sebelum bertolak ke Gaza dari Mesir.

Lebih 200 trak berbaris untuk memasuki sempadan Rafah
Lebih 200 trak berbaris untuk memasuki sempadan Rafah

Keganasan terbaru rejim Zionis itu yang sudah berlarutan sejak 7 Oktober lalu sehingga kini sudah meragut 4,137 nyawa penduduk Palestin, berbanding hanya 1,400 kematian di pihak Israel.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, bantuan kesihatan yang amat diperlukan akan dihantar menggunakan empat trak, dan ia berupaya menampung keperluan 300,000 penduduk untuk tiga bulan.

Di Malaysia, Kerajaan menerusi Kementerian Luar menubuhkan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membolehkan pelbagai pihak yang mahu menyalurkan bantuan kepada Palestin berbuat demikian secara telus dan terbuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerusi hantaran di Facebook memberitahu, kutipan AAKRP telah mencecah RM81 juta.

Jelas beliau, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu membuktikan solidariti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, yang telah berjuang menuntut kebebasan sejak 75 tahun lalu.

“Sekalung penghargaan diucapkan kepada Syarikat berkaitan kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam.

“Pastinya tabung ini akan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan