web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gambar Passport Jadi Petanda, Firdaus Sempat Ajar Isteri Lafaz Syahadah

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 4:14PM

Mohamad Firdaus Roslan menunjukkan gambar pasport yang diberikan oleh isterinya, Nur Shafiqah Abdullah. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sambil menahan seribu satu rasa yang membungkam dalam jiwa, Mohamad Firdaus Roslan, 34, menggagahkan diri untuk mengajar isteri, Nur Shafiqah Abdullah, 32, mengucap dua kalimah syahadah, ketika wanita tersebut berada dalam keadaan nazak akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Kuala Kedah dekat sini, petang semalam.

Menurut Mohamad Firdaus Roslan, isterinya ketika itu masih berada di atas bonet kereta terbabit, selepas melambung akibat dirempuh.

Katanya, mangsa ketika itu mengerdipkan mata beberapa kali, sebelum akhirnya kaku tidak bernyawa beberapa minit kemudian.

"Saya sangkakan dia pengsan tetapi tidak lama selepas itu, datang petugas kesihatan ke lokasi kejadian yang mengesahkan bahawa Nur Shafiqah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Terdahulu Getaran melaporkan, Nur Shafiqah maut apabila motosikal jenis Honda Wave ditunggangnya bersama kakak, Nooraliza Abdullah, 43, dirempuh sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun kira-kira jam 7 petang semalam.

Remaja itu yang sudah tidak bersekolah dipercayai menggunakan kereta milik rakan ibunya. 

Siasatan awal polis mendapati, kereta itu terlebih dulu gagal dikawal, menyebabkan ia melanggar pembahagi tengah jalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum merempuh pula motosikal dinaiki dua beradik berkenaan.

Sementara itu, Mohamad Firdaus memberitahu, dia sempat pulang ke rumah di Kampung Ulu, Kuala Kedah kira-kira jam 5 petang semalam, bagi mengambil bekalan disediakan isterinya untuk dibawa di tempat kerja.

Gambar pasport yang diberikan oleh isterinya, Nur Shafiqah Abdullah sebelum beliau maut dalam kemalangan, semalam.
Gambar pasport yang diberikan oleh isterinya, Nur Shafiqah Abdullah sebelum beliau maut dalam kemalangan, semalam.

Ketika mengambil bekalan itu katanya, kedua-dua mereka sempat bergurau dan dia kemudiannya kembali ke tempat kerja di sebuah stesen minyak, tidak jauh dari lokasi kemalangan.

"Saya sebenarnya baru selesai menjamah makanan sebelum kembali menyambung kerja. Tiba-tiba, saya mendengar bunyi dentuman, namun tidak bergegas ke lokasi kemalangan kerana perlu menyambung tugas.

"Saya hanya berkejar ke lokasi selepas seorang kanak-kanak datang dan memaklumkan yang isteri saya terlibat dalam kemalangan. Setiba di sana saya mendapati isteri sudah terlentang di atas kereta, manakala kakaknya cedera di satu sudut lain," katanya.

Akui Firdaus, meskipun reda dengan ketentuan ilahi, dia tetap merasa terkilan kerana anak mereka yang baru berusia dua tahun kehilangan kasih sayang seorang ibu berikutan kecuaian orang lain.

"Remaja itu masih di bawah umur dan tiada lesen. Bagaimana dia boleh memandu kereta yang dimiliki oleh orang lain?

"Selepas selesai semuanya, saya memang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Setakat ini, tiada dalam kalangan ahli keluarga remaja tersebut hadir berjumpa atau meminta maaf," katanya.

Jelas Firdaus, isterinya seolah-olah dapat merasakan sesuatu bakal berlaku apabila tiba-tiba memberi sekeping gambar berukuran pasport untuk disimpan dalam dompet suaminya itu.

"Nur Shafiqah merancang ke Thailand bulan depan bersama rakan-rakannya dan disebabkan itu, dia mengambil gambar passport terbaharu bagi membuat pas sempadan. Disebabkan ada lebih, dia berikan satu gambarnya kepada saya dan berpesan supaya disimpan dalam dompet.

"Rupa-rupanya itu petanda bahawa hari ini dia akan pergi meninggalkan saya," katanya hiba. - Getaran, 23 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Feri Terkandas Berjaya Ditunda Ke Jeti Feri Penumpang Kuala Kedah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka