web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Dusuki, Kamu Ada 14 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Kos Mahkamah’ - Mujahid

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 8:29PM

Ahmad Dusuki diberi tempoh 14 hari untuk melunaskan bayaran kos mahkamah berjumlah RM23,000. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan bayaran kos mahkamah berjumlah RM23,000.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Ahmad Dusuki sehingga hari ini masih gagal menjelaskan bayaran berkenaan.

Menurut beliau, Notis Akhir telah dikeluarkan oleh peguamnya untuk menuntut Ahmad Dusuki berbuat demikian.

“Merujuk kepada kes saya dan Dusuki Rani di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan Putrajaya di mana mahkamah-mahkamah tersebut telah memerintahkan Dusuki membayar kos kepada saya berjumlah RM23,000.00.

Sehingga hari ini, Dusuki masih gagal dan/atau cuai untuk membuat bayaran kos tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tegas Mujahid, tindakan pelaksanaan akan diteruskan sekiranya Ahmad Dusuki gagal membuat bayaran dalam tempoh ditetapkan.

“Tindakan itu termasuk dan tidak terhad kepada tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan, Garnishee dan apa-apa jua tindakan pelaksaan yang difikirkan sesuai,” katanya.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu pada 6 September lalu memfailkan saman berjumlah RM1 juta ke atas Ahmad Dusuki.

Tindakan berkenaan diambil apabila pendakwah bebas itu masih mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah walaupun kalah dalam saman fitnah difailkan ke atas Mujahid sebelum ini.

Mujahid memberitahu, satu Notis Tuntutan (LOD) oleh Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah dikeluarkan ke atas penceramah bebas itu.

“Menerusi LOD itu, saya menuntut Dusuki memadamkan semua kenyataan berunsur fitnah atau mengelirukan yang dibuat sebelum ini dalam tempoh 24 jam.

“Beliau juga perlu berhenti daripada terus memberikan kenyataan berunsur fitnah atau mengelirukan berkaitan saya dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta,” katanya.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak itu, Ahmad Dusuki juga diberi tempoh 14 hari untuk membayar keseluruhan kos diperintahkan mahkamah sebelum ini yang berjumlah RM23,000.

“Sekiranya Dusuki gagal mematuhi semua tuntutan ini, saya tidak teragak-agak akan teruskan dengan tindakan mahkamah terhadap Dusuki, termasuk prosiding menghina mahkamah. 

“Saya dapati setiap kenyataan Dusuki mempunyai unsur penghinaan kepada mahkamah apabila beliau bukan sahaja mempertikaikan, malah memperlekehkan dan memutar belitkan keputusan yang diberikan Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global