web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Buat Laporan Palsu Konon Disamun Jika Hilang MyKad, Pasport

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 5:04PM

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah di Alor Setar (IPK) hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis Kedah memberi amaran bahawa tiada langsung berkompromi terhadap tindakan segelintir individu, yang mengambil jalan mudah dengan membuat laporan palsu mendakwa mereka disamun, semata-mata bagi mengelak daripada dikenakan denda berikutan kehilangan dokumen penting seperti MyKad atau pasport. 

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, pihaknya mengesan peningkatan terhadap 'trend' tersebut yang pada akhirnya akan menjerat diri mereka sendiri selepas siasatan terperinci dijalankan.

Katanya, tindakan sedemikian tidak berbaloi untuk dilakukan kerana pelakunya boleh dipenjara, didenda atau berdepan kedua-dua hukuman berkenaan, sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membuat laporan palsu. 

"Untuk tahun ini sahaja, pihak kami telah menerima sebanyak 20 laporan palsu dan kebanyakannya melibatkan mereka yang kehilangan dokumen penting seperti MyKad dan pasport. 

"Akibat cuai dan tersilap letak dokumen penting itu, mereka mengambil jalan mudah membuat laporan palsu bagi dikemukakan kepada pihak berwajib, dengan harapan tidak dikenakan denda. Tetapi mereka harus sedar bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi setiap kes dilaporkan. 

"Apabila mereka buat laporan palsu, kami akan siasat secara menyeluruh dan jika ada keraguan, kami tidak akan berkompromi untuk menyerahkan kes mereka kepada pihak pendakwaraya bagi dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang akan menyebabkan mereka dipenjara, didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. 

Tambahnya, pihaknya mengesan beberapa kes laporan palsu itu yang dibuat pelajar di pelbagai peringkat umur. 

"Saya ingin berpesan kepada golongan ini supaya tidak cuba-cuba berbuat demikian. Apabila mereka membuat laporan palsu dan disabitkan dengan kesalahan, maka mereka akan memiliki rekod jenayah. 

"Rekod tersebut sudah tentu akan menjejaskan mereka apabila tiba waktunya untuk memohon pekerjaan nanti. Itu akan menjejaskan masa depan mereka sendiri," katanya. 

Sementara itu, katanya, seramai 10,642 individu ditahan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga September kerana disyaki terlibat dengan pengedaran serta penyalah gunaan dadah. 

Katanya, seramai 8,443 individu yang ditahan adalah penagih dadah, manakala 2,199 lagi terbabit dengan kesalahan melibatkan pembekalan dadah. 

"Daripada jumlah itu, seramai 668 individu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati manakala 349 lagi  dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 melibatkan penagih berulang.

"Seramai 59 individu pula ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Nilai pelucuthakan harta bagi kes-kes narkotik di Kedah pada tahun ini pula berjumlah RM3.11 juta," katanya. - Getaran, 26 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Na'imah Gagal Dapatkan Pasport Secara Kekal

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Permohonan Naimah Semak Perintah Mahkamah Tahan Pasport Didengar 13 Mac

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah