web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permohonan Naimah Semak Perintah Mahkamah Tahan Pasport Didengar 13 Mac

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 6:06PM

Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadiri prosiding pengurusan kes berhubung permohonan untuk mendapatkan semula pasport miliknya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac depan untuk mendengar permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, bagi menyemak perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas beliau didakwa gagal mengisytiharkan harta.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu pada prosiding pengurusan kes berkenaan hari ini.

Beliau turut memerintahkan pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis masing-masing pada 4 Mac dan hujahan balas pada 11 Mac.

Kedua-dua pihak akan berhujah secara lisan pada 13 Mac kata hakim itu sambil menambah beliau mungkin membuat keputusan pada hari yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Mohd Fadhly Mohd Zamry mengesahkan bahawa mereka telah menerima dokumen permohonan semakan Na'imah, yang diwakili peguam Rajesh Nagarajan, hari ini.

Berdasarkan dokumen yang difailkan menerusi Tetuan Raj & Sach minggu lalu, Na'imah mendakwa alasan yang kukuh harus diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk menahan pasport beliau dan adalah tidak wajar ia dibenarkan hanya disebabkan rutin atas permintaan pendakwaan.

"Pada hari saya dituduh, tiada sebab atau asas diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi penahanan pasport dan walaupun peguam saya telah memberikan alasan untuk  membantahnya, mahkamah masih memerintahkan supaya pasport saya ditahan sebagai syarat jaminan.

"Perintah tersebut adalah tidak seimbang dan telah menyebabkan suatu ketidakadilan berat atau pelanggaran prinsip keadilan yang serius," katanya.

Na'imah juga mendakwa tiada sebarang bukti bagi membolehkan mahkamah mengenakan syarat pasport kerana tiada alasan bernas atau dokumen yang dirujuk oleh pendakwaan menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan untuk melarikan diri.

Oleh itu, Na'imah memohon untuk menyemak semula perintah penahanan pasport oleh Mahkamah Sesyen sebagai antara syarat tambahan dalam kesnya.

Pada 23 Januari lalu, Na'imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis supaya mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Hakim Azura Alwi membenarkan Na'imah diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Pada 29 Januari lalu, suami beliau yang berusia 85 tahun turut didakwa atas pertuduhan sama membabitkan satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 hartanah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Tahan Bekas Datuk Bandar Disyaki Terima Rasuah Lebih RM1 Juta

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024