web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Rampas Dadah Bernilai RM33.73 Juta, Tahan 7 Lelaki 

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 7:56PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din (kiri) melihat rampasan dadah jenis syabu dan kokain pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka disyaki menyeludup dan mengedar dadah yang dianggar bernilai RM33.73 juta, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, semua suspek yang berumur 21 hingga 52 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada jam 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Beliau berkata, pada mulanya polis mengesan sebuah kontena berisi syabu seberat 411.172 kilogram (kg) dan kokain seberat 100.813 kg di sebuah gudang di Taman Cheras Prima, di sini, yang dibawa masuk dari Pakistan melalui Pelabuhan Klang, pada jam 10.30 malam Selasa lalu.

“Pada keesokannya dadah itu telah dipunggah keluar dari kontena, dan ketika itu serbuan dilakukan,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, ada antara dadah itu disorokkan di dalam kampit bawang, dan siasatan mendapati sindiket itu sudah bergiat aktif sejak awal tahun ini.

“Lima daripada tujuh suspek memiliki rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah,” katanya sambil menambah kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 2.6 juta penagih dadah dan polis juga menyita pelbagai aset antaranya enam kenderaan, barang kemas serta wang tunai, semuanya dianggarkan bernilai RM384,964. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Samun Kedai Emas Kajang: Nilai Kerugian Cecah RM3.2 Juta

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Bertopeng Guna Senjata Api Rompak Kedai Emas Di Kajang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki