web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Hati-Hati Dengan Ubat Penahan Sakit, Saya Dah 23 Tahun Jalani Dialisis’ - Md. Esa

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 5:25PM

Md. Esa menunjukkan tapak fistula di lengan kanannya untuk kegunaan dialisis. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dengan kira-kira satu pertiga daripada hidupnya memerlukan dia menjalani rawatan dialisis, kelibat pesara swasta, Md. Esa Jaafar, 63, sudah tidak asing dalam kalangan petugas dan kakitangan Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini.

Selaku individu paling lama menjalani rawatan dialisis di pusat perubatan swasta berkenaan iaitu sejak 23 tahun lalu, Md. Esa jelas menjadi contoh kepada pesakit-pesakit lain agar tidak berputus asa untuk menjalani kehidupan dan sentiasa berdisiplin dalam menjaga kesihatan masing-masing.

Berkongsi kisah hidupnya kepada Getaran, Md. Esa berkata, dugaan kesihatan dihadapinya itu berpunca daripada kekhilafan sendiri yang terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit suatu ketika dulu.

"Saya sering mengalami migrain dan setiap kali penyakit itu datang, saya tak akan menunggu lama untuk mengambil ubat tahan sakit. Pada mulanya, bekalan itu diperolehi daripada doktor mengikut keperluan tetapi lama-kelamaan, saya membelinya sendiri di farmasi.

"Asalkan sakit sikit saja, saya akan ambil ubat itu termasuk ketika perut kosong. Semua itu dilakukan tanpa ada ilmu mengenai kesan-kesannya jika ubat tersebut tidak diambil pada kadar sepatutnya.

"Sampai satu ketika, saya mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan badan. Ingatkan saya berdepan masalah jantung tetapi apabila diperiksa, buah pinggang saya rupa-rupanya sudah mengecut dan hanya berfungsi pada tahap 25 peratus saja," katanya.

Md. Esa (kiri) berbual bersama seorang lagi pesakit yang menerima rawatan dialisis di KMC, Ku Zakri Ku Jusoh selepas menerima rawatan baru-baru ini. - gambar Rafisqi Radhi
Md. Esa (kiri) berbual bersama seorang lagi pesakit yang menerima rawatan dialisis di KMC, Ku Zakri Ku Jusoh selepas menerima rawatan baru-baru ini. - gambar Rafisqi Radhi

Keadaan itu jelas Md. Esa, adalah titik tolak kepada permulaan rawatan dialisis ke atas dirinya, selaras dengan nasihat diberikan doktor.

“Saya bersyukur kerana sehingga kini masih mampu memandu sendiri dari Jerlun ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan dialisis tiga kali seminggu. Bukan tak ada ahli keluarga yang sudi membantu tetapi saya lebih suka berusaha sendiri agar tidak merasa lemah.

"Sebagai pesakit dialisis, kita perlu ada disiplin untuk yang baik untuk mengikut jadual rawatan dan mengambil ubat disarankan doktor. Kepada mereka yang sihat pula, saya menasihatkan agar mereka menjadikan kisah ini sebagai iktibar, dan tidak terlalu bergantung kepada pil tahan sakit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Perunding Buah Pinggang KMC, Dr. Syed Faisal Taha turut menitipkan nasihat agar orang ramai tidak terlalu bergantung kepada pil tahan sakit setiap kali berdepan gangguan kesihatan.

Pakar Perunding Buah Pinggang KMC, Dr. Syed Faisal Taha. - gambar Rafisqi Radhi
Pakar Perunding Buah Pinggang KMC, Dr. Syed Faisal Taha. - gambar Rafisqi Radhi

"Ada sesetengah pesakit gout contohnya, lebih gemar mengambil pil tahan sakit dan mengabaikan ubat gout yang diberikan doktor. Alasannya, bimbang ubat gout tersebut merosakkan buah pinggang.

"Mereka ambil ubat tahan sakit dalam keadaan tidak perlu dan sebenarnya perkara itulah yang merosakkan buah pinggang. Oleh itu, sentiasa dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan berkaitan kesihatan, terutamanya berkaitan pengambilan ubat," katanya. - Getaran, 31 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang