web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Belum Panggil Saksi, Tapi Siasatan Aman Palestin Masih Berjalan' - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Nov 2023 9:15PM

MFahmi Fadzil (kanan) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah sambil disaksikan Azam (kiri) pada majlis sambutan Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertemakan "Integriti Citra Malaysia Madani" - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Siasatan terhadap Aman Palestin Bhd berhubung dakwaan ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan tersebut (NGO) untuk rakyat Palestin masih berterusan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pegawai forensiknya sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

"Kami belum memanggil mana-mana saksi buat masa ini kerana pegawai forensik masih lagi meneliti dokumen tersebut Banyak perkara yang perlu kami teliti terutamanya berkaitan dengan rekod dari tahun 2020 hingga 2022," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara tersebut. Oleh itu, pihak berkuasa agama negeri itu menangguhkan pengumpulan dana oleh Aman Palestin di Perlis bermula 12 Okt lalu sehingga siasatan selesai.

 Dalam perkembangan lain, Azam berkata suruhanjaya itu ketika ini dipantau oleh lima panel bebas termasuk Jawatankuasa Aduan dan sudah memadai untuk menyiasat mana-mana pegawai SPRM didakwa terbabit dalam salah laku.

"Jawatankuasa Aduan ini sudah lama diwujudkan untuk menyiasat salah laku oleh mana-mana pegawai SPRM,” katanya.

Semalam, Gobind Singh Deo (PH-Damansara)  ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakjyat bertanya bila kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat aduan terhadap pegawai SPRM yang didakwa terbabit dalam salah laku. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global