web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes Gaduh Penghantar Barang, Pengawal Keselamatan Selesai

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 1:21PM

Insiden pergaduhan antara penghantar dan pengawal keselamatan yang tular baru-baru ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes pergaduhan antara pengawal keselamatan dengan seorang penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah diserahkan semalam kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sebanyak 23 saksi termasuk penghantar barang dan pengawal keselamatan terbabit sudah dipanggil bagi dirakam keterangan," katanya dalam sidang media pada majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, video pergaduhan antara dua individu berkenaan tular melalui media sosial dan siasatan polis mendapati ia berlaku pada 3.20 petang, 2 November lalu berpunca daripada salah faham.

Mengenai majlis berkenaan, Allaudeen berkata, sejumlah 87 individu menerima pingat berkenaan sebagai mengenang jasa mereka yang berkhidmat semasa tempoh darurat dan era pemberontakan komunis dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1948 hingga Oktober 1990.

Beliau berkata, kesemua mereka terdiri daripada 17 pegawai rendah polis Kuala Lumpur dan 70 pesara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pasal Bak Kut Teh Pun Nak Gaduh Ke? Dr Akmal, Fokuslah Kepada Rakyat!

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Berkaitan Perlawanan Bola Sepak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad