web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Seru Penglibatan Sukarelawan Kesihatan Bantu Tangani COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 1:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan kesihatan bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tenaga sukarelawan tersebut amat diperlukan untuk meringankan beban para petugas kesihatan KKM di seluruh negara ketika ini.

Katanya jawatan yang diperlukan adalah pegawai dan penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, jururawat, pegawai dan penolong pegawai kesihatan persekitaran serta juruteknologi makmal perubatan.

Dr Noor Hisham berkata syarat menyertai khidmat sukarelawan itu adalah mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas secara fizikal dan mental, tidak hamil, serta telah mendapat kebenaran daripada majikan bagi yang bekerja.

“Syarat lain adalah pemohon bukan anggota KKM, sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan, tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.

“Untuk makluman, KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun/gaji bagi sukarelawan.

“Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri,” katanya yang berkongsi maklumat Unit Mobilisasi, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerusi Facebook rasmi beliau.

Mereka yang berminat boleh melengkapkan borang menerusi pautan ini dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan menerusi e-mel di mobilisasi19@gmail.com. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia