web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wakil Rakyat PN Kena Jadi 'Rambo', Tidak Mengalah Apabila Dijerut - Sanusi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:40PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan bahawa setiap wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) perlu memiliki ketahanan jiwa.

Ia bagi berdepan strategi digunakan lawan untuk menjerut mereka agar mengalah serta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kedah itu berkata, teknik digunakan itu tidak ubah seperti situasi di Gaza yang menyaksikan bekalan elektrik dan air dipotong sambil bekalan ubat disekat dan hospital dibom.

"Isu utama dibangkitkan ialah ketiadaan peruntukan untuk berkhidmat di kawasan masing-masing, itu saja. Mungkin itu cara mereka menjerut Ahli Parlimen pembangkang untuk menyatakan sokongan (kepada Perdana Menteri).

"Tak tahulah 'kot' saya sebut keras sangat tetapi itulah caranya di mana bekalan air dan elektrik dipotong, dibom hospital dan bekalan ubat disekat untuk bagi rakyat Gaza mengalah. Strategi yang samalah.

"Menjerut supaya mengalah dan ada tiga orang yang mengalah... Dijerut oleh strategi sama agar mereka kurus dan lapar, hingga akhirnya tak tahan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim menjadi seorang lagi wakil rakyat PN menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri bagi memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaaat.

Beliau merupakan Ahli Parlimen PN ketiga yang berbuat demikian selepas dua lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berbuat demikian iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mengulas lanjut Sanusi berkata, setiap wakil rakyat dari PAS telah dilatih untuk bertahan serta mengukuhkan keimanan dan memasang pasak bersungguh-sungguh bagi mengambil amanah dari orang ramai.

"Tak boleh ada kepentingan lain termasuk kepentingan diri. Sebab itu nak pilih orang jadi calon kena tapis betul-betul, kena tengok dia tahan atau tidak, akan berpaling tadah atau tidak.

"Pilihan raya tidak ubah seperti peperangan tetapi hanya menggunakan pensel. Dalam peperangan, sentiasa ada strategi antaranya tangkap seorang tentera untuk diseksa seperti cabut kuku, letak air dalam mulut dan pijak di perut. Maka bocor habislah rahsia sebab tak tahan," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyerahkan sumbangan kepada masyarakat India sempena sambutan Deepavali selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyerahkan sumbangan kepada masyarakat India sempena sambutan Deepavali selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau setakat ini tidak mendengar mana-mana Ahli Parlimen PN dari Kedah yang akan berbuat demikian.

"Saya serahkan kepada ketahanan jiwa masing-masing. Kalau ada yang macam itu, penggal depan tak adalah nama mereka dan tindakan sedemikian menampakkan pemikiran yang singkat," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, segala tindakan dan strategi yang dijelaskannya itu didakwa didalangi oleh broker politik.

Menurutnya, beliau sendiri pernah mengalami keadaan sama pada 2008 namun berjaya mengatasinya dengan 'menjaga' rakan-rakan dari parti sekutu agar bagi mengelakkan kerajaan negeri dipimpin PAS pada waktu itu 'terbalik'.

"Broker politik akan wujud sepanjang zaman dan kerjanya memang untuk 'membeli' bagi mengekalkan bos mereka terus berkuasa.

“Sebab itu akan ada cubaan, dugaan serta cabaran yang datang dan setiap wakil rakyat kita kena tahan serta sabar seperti 'Rambo'.

"Saya ada pengalaman pada 2008 berdepan semua ini dan kita tahu siapa broker pada masa itu. Saya harap di akhirat esok mereka ini akan dapat balasan setimpal dengan dosa dilakukan," katanya. -Getaran, 8 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah