web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nurul Ain, Suami Selamat Tinggalkan Gaza - Zambry

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2023 2:59PM

Nurul Ain Haron (tiga, kanan) dan suaminya sejurus berjaya melepasi Lintasan Sempadan Rafah awal pagi tadi - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di Gaza, Nurul Ain Haron selamat dibawa keluar dari kawasan konflik melalui Lintasan Sempadan Rafah, pada jam 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia), semalam.

Memaklumkan berita gembira itu, Menteri Luar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata, turut bersama Nurul Ain ialah suaminya, Mohamed AM Shaat yang juga rakyat Palestin.

Menurut Zambry, beliau sempat berbual menerusi panggilan video dengan wanita berkenaan pagi tadi.

“Saya sedang berada di Mekah sempat mengadakan panggilan video dengan beliau pagi tadi.

“Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri @anwaribrahim yang berhubung dengan Presiden Mesir @AlsisiOfficial bagi membantu proses evakuasi ini,” katanya menerusi ciapan di X.

Zambry Abdul Kadir berbual dengan Nurul Ain Haron menerusi panggilan video - gambar X
Zambry Abdul Kadir berbual dengan Nurul Ain Haron menerusi panggilan video - gambar X

Difahamkan, proses evakuasi pasangan suami isteri tersebut berjaya dilakukan, susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, semasa lawatan kerja beliau ke Mesir pada 23 Oktober lepas.

Evakuasi tersebut turut mendapat bantuan dan penyelarasan lanjut Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga dikatakan sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka.

Mengulas lanjut Zambry berkata, beliau mewakili kerajaan Malaysia mahu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Qatar dan semua pihak yang menghulurkan bantuan.

“Terima kasih kerana memudahcara ketibaan Nurul Ain dan suami sehingga keluar ke Rafah,” katanya.

Kisah Nurul Ain meraih perhatian ramai apabila bapanya, Haron Hamim, 65 pada 21 Oktober lalu merayu bantuan kerajaan agar mengeluarkan anaknya dari Semenanjung Gaza pada kadar segera.

Jelas Haron, beliau tidak diberitahu mengenai sebarang rancangan untuk mengeluarkan Nurul Ain sewaktu berkunjung ke Wisma Putra, sebelum itu.

“Wisma Putra hanya minta maklumat keluarga dan akan maklumkan kepada saya atau ahli keluarga kalau ada perkara yang berlaku tetapi apabila ditanya mengenai perancangan, mereka tidak boleh berkata apa-apa lagi.

“Mungkin mereka ada perancangan atau rahsia sendiri yang tidak diberitahu kepada saya dengan keadaan pintu Rafah yang masih ditutup. Memang susah untuk keluarkan dia (Nurul Ain) tetapi dengan kuasa Allah SWT, siapa tahu,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian. - Getaran, 13 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad