web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Ejen, Pihak Ketiga Laksana Geran Digital, ‘Semak Dulu Sebelum Berkata’ - Kamil

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 8:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Geran Digital Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Madani berjumlah RM5,000 pada asasnya diterajui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Sdn Bhd (MDEC) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah antara rakan kongsi teknologi untuk mengesahkan penyedia perkhidmatan teknologi dan telekomunikasi. 

Menurut beliau, semua permohonan, kelulusan dan pengeluaran dibuat melalui BSN. 

“MCMC (untuk mengesahkan peranti telekomunikasi dan syarikat telekomunikasi) serta  MDEC (untuk mengesahkan penyedia perkhidmatan teknologi) adalah rakan kongsi BSN untuk membantu mereka memproses permohonan geran dan memadankannya dengan pembekal,” katanya menerusi ciapan.

Tegas Kamil, tidak ada ejen atau pihak ketiga seperti yang digembar gemburkan. 

“Amalkan untuk menyemak sebarang maklumat terlebih dahulu, kerana di zaman pasca kebenaran ini, sukar untuk kita bezakan antara kaca dan permata. Maklumat lanjut sila layari mcmc.gov.my/en/gdpm,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi menyangkal dakwaan dibuat seorang usahawan di X, bahawa pelaksanaan Geran Digital PMKS itu memiliki banyak kepincangan.

Getaran sebelum ini melaporkan, usahawan terbabit yang dikenali sebagai Azra Rahman mendedahkan di X, geran berkenaan menerusi maklumat dikongsi Kementerian Kewangan, membolehkan usahawan PMKS menerima peranti atau kelengkapan perniagaan, termasuk mesin terminal kad atau sistem e-Pos.

Pemberian tersebut bagaimanapun dakwanya, ‘indah khabar dari rupa’ apabila pemohon hanya diberikan seunit peranti berkualiti rendah dengan harga kurang daripada RM1,000.

Tegas beliau, usahawan PMKS yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa mengambil peranti ditawarkan kerana benar-benar memerlukan, tetapi ada juga dalam kalangan mereka menjual semula peralatan diberi.

“This is what happen bila bagi barang sekadar melepaskan batok di tangga. Asal cukup syarat. Come on, telus sikit dan monitor lah. Kurang-kuranglah perangai sauk masuk poket tu.

“Geran untuk bantu usahawan. Usahawan should make more money dengan bantuan geran yang diberikan. Bukan supplier yang make more money. Pakej-pakej yang company berdaftar offer untuk Geran Digital RM5,000 ni mostly ambil syarat je,” ujarnya. - Getaran, 16 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global