web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Didakwa Aktif Dan Nakal, Murid Dilibas Dengan Batang Paip

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 12:26PM

Antara kesan pukulan di tubuh mangsa - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah madrasah di Sik terpaksa menanggung derita disyaki akibat 'dirotan' di beberapa bahagian badan oleh seorang gurunya, menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) kira-kira dua minggu lalu.

Melalui perkongsian ibu saudaranya di Facebook malam tadi, pelajar berusia lapan tahun itu dilihat mengalami kecederaan teruk di bahagian punggung dan pinggang.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Abdull Razak Osman berkata, polis telah menahan guru lelaki berusia 27 tahun itu, tidak sampai 24 jam selepas laporan dibuat ibu mangsa kira-kira jam 9.24 malam, 11 November lalu.

Menurut beliau, pengadu yang merupakan seorang pengusaha taska di Pulau Pinang mendakwa datang ke madrasah tersebut secara mengejut untuk membawa anak angkatnya yang merupakan kanak-kanak warganegara Indonesia untuk makan.

Kesan lebam pada badan mangsa - gambar Facebook
Kesan lebam pada badan mangsa - gambar Facebook

Sebaik tiba di kedai makan katanya, anak angkat pengadu memaklumkan dia enggan duduk kerana sakit.

"Pengadu kemudiannya terkejut melihat kesan lebam pada tubuh mangsa dan terus datang ke Balai Polis Sik untuk membuat laporan. Susulan itu kira-kira jam 10.38 pagi keesokan harinya, sepasukan polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan tenaga pengajar di madrasah tersebut.

"Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebatang paip pvc yang mengakibatkan mangsa mengalami lebam serta bengkak. Pemeriksaan pakar perubatan mengesahkan mangsa mengalami 'soft tissues injuries'," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hingga 16 November lalu dengan kes telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya negeri.

"Suspek dijangka akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau," katanya.

Sementara itu dalam perkongsian ibu saudara kanak-kanak tersebut yang tular semalam, ibu saudara mangsa mendakwa, kakaknya masih trauma dengan insiden berkenaan.

Tangan mangsa turut lebam dibelasah - gambar Facebook
Tangan mangsa turut lebam dibelasah - gambar Facebook

Pada hari kejadian katanya, kanak-kanak tersebut hanya berdiri di kedai makan dan enggan duduk sebelum ibu angkatnya itu memintanya membuka seluar untuk melakukan pemeriksaan.

"Menggigil kakak dan emak saya (nenek angkat mangsa) apabila tengok kesan rotan. Ini bukan biasa-biasa dan kakak terus hubungi pihak sekolah. Tetapi pihak sekolah tak mengaku salah sebaliknya menyalahkan anak angkat kakak saya itu kerana katanya dia nakal.

"Memang dia agak nakal dan aktif malah keluarga juga ada marah serta rotan (untuk mendidik). Tetapi apa yang dilakukan ini nampak bukan seperti rotan atau denda biasa kerana kalau dikira-kira pada tubuh badan, mungkin 16 sebatan atau lebih dan alat digunakan bukan rotan biasa sebaliknya batang paip," katanya.  

Menurut wanita itu lagi, kakaknya turut membuat laporan mengenai kejadian menimpa kanak-kanak tersebut di pejabat agama.

"Kes ini masih dalam siasatan, semoga pihak madrasah dapat ambil iktibar dan tanggungjawab," katanya. - Getaran 19 November 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 13 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 9 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 16 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai