web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sila Jaga Perangai Bila Tonton Konsert Coldplay, Patuhi Arahan Polis! 

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 8:59AM

Konsert kumpulan Coldplay bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penonton konsert kumpulan muzik antarabangsa, Coldplay yang dijadualkan berlangsung malam ini diingatkan supaya tidak mencetuskan provokasi dan kekacauan semasa atau selepas konsert ini dijalankan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas ke atas apa-apa pelanggaran undang-undang.

Menurut beliau, pihak PDRM telah membuat persiapan rapi dengan melibatkan pelbagai Jabatan dan Unit dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin. 

“Konsert ini dijangka dihadiri 75,000 penonton dan pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan mula dibuka pada jam 6 petang.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium,” katanya.

Jelas Zam Halim, polis turut menyenaraikan 13 kategori barangan yang dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.

“Penonton tidak dibenarkan sama sekali membawa barangan seperti  mercun/bunga api/suar, topi keledar, laser/pen laser, sebarang objek tajam sperti besi atau kayu dan senjata seperti parang.

“Mereka juga dilarang membawa masuk minuman keras, payung/tongkat, powerbank, botol air, pemetik api/mancis/rokok/rokok elektronik/vape, dron dan pembesar suara,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin. gambar BERNAMA
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin. gambar BERNAMA

Beliau memberi amaran, polis tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk atau dalam kawasan pekarangan stadium.

“Sila patuhi arahan daripada anggota polis yang bertugas. Pengguna jalan raya juga tidak dibenarkan sama sekali untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium.

“Tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas,” tegasnya.

Zam Halim turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam ke SNBJ dan mengelak daripada melalui jalan-jalan di sekitar lokasi jika tidak menonton konsert, bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 22 November 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini