web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keutamaan Saya 33 Juta Rakyat Malaysia Bila Bergelar Agong - Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 4:02PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keseluruhan 33 juta rakyat Malaysia akan menjadi keutamaan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sebaik baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Titah baginda, kedudukan berkenaan bukan satu kenaikan pangkat, tetapi tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara. 

Baginda bertitah, kepentingan politik 222 wakil di Dewan Rakyat sama sekali tidak akan menjadi keutamaan.

“Saya merasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang pernah saya sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan. 

“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan  kedudukan demi kepentingan diri sendiri,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru, hari ini. 

Titah baginda, semua pemimpin perlu  bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain untuk meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat. 

Pada istiadat sama Sultan Ibrahim bertitah, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menggalas tampuk pemerintahan negeri sepanjang baginda menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Titah baginda, Perlembagaan Persekutuan menetapkan baginda perlu melepaskan tampuk pemerintahan negeri kepada Tunku Ismail yang akan dilantik sebagai Pemangku Sultan.

“Sama macam mana saya dibimbing sebagai Pemangku Sultan ketika Almarhum ayahanda saya menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1984, Pemangku Sultan akan memikul tanggungjawab untuk menjaga negeri dan rakyat Johor, serta menjalankan segala hak dan kuasa pemerintahan negeri kecuali sebagai Ketua Agama Islam. 

“Walaupun saya bersemayam di Istana Negara, ini bukan bermakna saya berhijrah terus ke Kuala Lumpur. Saya akan selalu balik ke Johor kerana ini kampung saya. Harap orang Johor janganlah lupakan saya dan janganlah buat tak kenal saya selepas ini,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan barisan pegawai kerajaan untuk tidak mencampurkan urusan politik dalam pentadbiran negeri. 

“Setiap keputusan dibuat hendaklah bersandarkan kepada kepentingan rakyat dan kerajaan, bukan disebabkan kepentingan politik. 

“Jalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan amanah. Anda semua sudah memahami cara saya dan jangan buang masa dan jangan banyak temberang.

“Saya juga akan tinggalkan satu mata dan telinga di Johor untuk memantau apa yang berlaku di sini. Jangan terkejut jika saya tiba-tiba menjelma ke mana-mana daerah,” titah baginda, memberi amaran. - Getaran, 22 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Laungan "Daulat Tuanku" Sambut Kepulangan Sultan Ibrahim Di Johor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad