web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedah Harap Dapat Mula Raih Hasil Daripada Perlombongan REE Pertengahan 2024

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:27PM

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, pada pembentangan Bajet Kedah 2024, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini. - Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menetapkan royalti sebanyak 15 peratus bagi karbonat unsur nadir bumi (REE) sebagai satu kadar baharu yang akan dikutip sekiranya bahan mineral itu menjadi bijih keberhasilan utama sektor perlombongan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, berkata perkara itu telah dimasukkan sebagai Dasar Negeri melalui pindaan Peraturan Mineral.

Katanya, langkah itu diharap membolehkan kerajaan negeri mula menjana pendapatan pada pertengahan 2024, bersandarkan satu kelulusan mengekstrak REE yang diberikan sejak Ogos 2022.

"Untuk memastikan hasil baharu ini akan membawa manfaat sepenuhnya kepada rakyat, pentadbiran tanah negeri Kedah telah merencanakan kutipan hasil daripada sudut 'viability of revenue collection' atau sumber hasil kerajaan yang paling berdaya maju untuk masa depan.

"Atas kelulusan penerokaan REE itu, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah memberi peluang kepada Kedah dipilih sebagai projek rintis kedua selepas Perak," katanya dalam pembentangan Bajet Kedah 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Mengulas lanjut Sanusi berkata, pemilihan sebagai projek rintis itu meletakkan Kedah sebagai negeri berpotensi untuk melaksanakan perlombongan REE dengan anggaran oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebanyak 250,000 tan metrik berbanding keseluruhan rizab REE Kedah berjumlah 1.196 juta tan metrik.

"Angka ini merupakan penerokaan hasil baharu yang bakal diekstrak dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Kita mengharapkan agar potensi hasil yang akan membawa impak besar kepada ekonomi Kedah ini akan diuruskan dengan cekap, amanah dan adil untuk semua terutamanya rakyat negeri ini,” katanya.

Awal Oktober lalu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, kerajaan negeri dibenarkan membuat penerokaan awal REE berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral.

Menurut Nik Nazmi, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) pada 3 Oktober lalu bagi menyahut ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). – Getaran, 26 November 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka