web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lapar Disyaki Punca Lelaki Nepal Acu Pisau Di Leher Budak Perempuan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:44PM

Pisau yang dipercayai digunakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Tekanan hidup selain kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak menjamah makanan disyaki mendorong seorang lelaki warga asing nekad mengacukan pisau ke leher seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Sebelum kejadian di depan sebuah kedai makan di Pekan Jeniang itu, suspek dipercayai menghampiri motosikal bapa mangsa, kemudian mendukung kanak-kanak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi berlaku ketika bapa mangsa meninggalkan anaknya di atas motosikal, untuk mengambil serta membayar tempahan roti canai dibuat di kedai tersebut.

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terbabit.
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terbabit.

Katanya, ketika itu mangsa sedang duduk di bahagian depan motosikal dengan kakinya berada dalam raga kenderaan tersebut.

Motosikal itu berada kira-kira enam meter dari kedai makan terbabit.

"Menurut saksi, suspek secara tiba-tiba meluru ke arah kanak-kanak itu, mendukungnya sebelum mengacukan pisau ke leher mangsa.

“Suspek lalu bercakap dalam bahasa sukar tidak difahami dipercayai bahasa Nepal, seolah-olah meminta wang untuk makan daripada bapa mangsa.

"Bapa mangsa yang panik cuba menenangkan mangsa sambil memujuk suspek menyerahkan kanak-kanak itu kembali kepadanya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Zaidy berkata, mangsa diselamatkan orang awam yang menyaksikan kejadian dengan menarik tangan suspek yang sedang leka dari belakang.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek adalah warganegara Nepal yang berusia 26 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

@getaranmy Seorang warga Nepal yang dipercayai kelaparan dan berdepan tekanan hidup bertindak luar kawalan dan mengacukan pisau ke leher seorang kanak-kanak Perempuan berusia tiga tahun di depan sebuah kedai makan di Pekan Jeniang, Gurun, Kedah, hari ini. Sebelum itu, lelaki berkenaan memeluk kanak-kanak itu yang sedang duduk di bahagian hadapan motosikal bapanya, ketika bapa mangsa membayar pesanan roti canai di kedai makan terbabit. Video: Orang Awam #getaranmy #getaran #video #viral #trending #terkini #semasa #bahaya #kedah ♬ original sound - Getaran

Katanya, dia dipercayai masuk ke negara ini untuk bekerja di sebuah kilang di Sungai Lalang dekat Sungai Petani, sebelum melarikan diri dari majikan akibat tekanan kerja dihadapi.

"Hasil soal siasat awal, suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana terlalu tertekan dan berada dalam kelaparan setelah beberapa hari tidak makan.

"Suspek kemudiannya ditahan bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Zaidy berkata, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk menjalani pemeriksaan.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB)," katanya. – Getaran, 26 November 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah