web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LRT Laluan Kelana Jaya Kembali Beroperasi Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 May 2021 5:15PM

Ka Siong bercakap kepada media di sidang media di ke pusat krisis di stesen LRT KLCC. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya yang terjejas berikutan insiden tren bertembung pada Isnin lepas, kembali beroperasi sepenuhnya tepat pukul 3.45 petang ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerja-kerja baik pulih dan pembersihan landasan yang terlibat telah selesai.

Beliau berkata pemasangan elemen kritikal dalam pengoperasian tren iaitu ‘linear heat detection cable’ sepanjang 28 meter di lokasi kejadian juga selesai pada pukul 2 petang tadi.

Ka Siong beramah mesra bersama para penumpang di dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya. - Gambar oleh Azim Rahman
Ka Siong beramah mesra bersama para penumpang di dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya. - Gambar oleh Azim Rahman

“Sejurus itu, oleh kerana semua kerja yang diminta APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) telah dipenuhi, maka Ketua Pengarah APAD keluarkan surat kelulusan untuk (LRT) beroperasi.

“Tren akan kembali beroperasi berdasarkan jadual kekerapan dan kapasiti yang ditetapkan dalam SOP (prosedur operasi standard) PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya pada sidang media, di Stesen LRT KLCC di sini hari ini.

Ka Siong berkata tren kini boleh bergerak menggunakan dua landasan seperti sebelum ini dan dijangkakan situasi penumpang pada waktu puncak petang ini akan lebih lancar.

Jelas beliau susulan kejadian itu serta proses pembersihan, lima stesen iaitu stesen Dang Wangi, Kampung Baru, Ampang Park, Damai serta KLCC terkesan, dan menyebabkan kesulitan kekerapan tren kerana hanya satu landasan berfungsi.

“Apabila semua kembali pulih soal kekerapan tren dan kapasiti tidak lagi menjadi isu. Tiada lagi isu perlu menunggu tren selama 16 minit kerana satu landasan berfungsi. Kita pastikan aspek keselamatan dapat kita semak, diperiksa dan selamat digunakan, barulah kita buka (semula),” katanya.

Beliau berkata ucapan penghargaan dan terima kasih perlu diberikan kepada pasukan pemulihan melibatkan seramai 367 petugas, yang berjaya menyiapkan proses pemulihan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Selepas sidang media itu, Ka Siong turut meluangkan masa meninjau dan memeriksa operasi tren berkenaan dengan menaiki LRT dari stesen KLCC ke stesen Pasar Seni.

Isnin lepas, dua tren LRT bertembung dalam kejadian 8.45 malam di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC yang menyebabkan 166 penumpang cedera ringan manakala 47 lagi parah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia