web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buaya Diseksa Sehingga Mati, Netizen Desak Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 8:49AM

Lelaki ini menggunakan tukul besi untuk mengetuk kepala buaya itu berulang kali sehingga mengalami kecederaan parah. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan lelaki ‘menyeksa’ seekor buaya sehingga mati mengundang kemarahan netizen, selepas video mereka tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik akaun Local Confessions di X, kepala reptilia itu didapati tersangkut pada pukat, yang dipercayai dipasang di tepi pantai oleh kumpulan lelaki terbabit.

Berdasarkan dialek dituturkan, insiden tersebut dipercayai berlaku di Sabah.

Daripada video itu juga, jelas kedengaran seorang lelaki memberi arahan untuk memukul reptilia berkenaan.

Malangnya, buaya tersebut bukan sekadar dipukul dengan kayu, malah lebih kejam lagi, seorang daripada mereka turut menggunakan tukul besi untuk mengetuk kepala haiwan terlibat.

Tindakannya menyebabkan reptilia itu mengelupur kesakitan selepas diketuk berulang kali hingga megalami kecederaan parah.

Tinjauan Getaran mendapati ciapan tersebut dihujani komen marah netizen, dengan majoriti mendesak tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa, khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Reptilia berkenaan yang tersangkut pada pukat terlebih dahulu dipukul berulang kali menggunakan kayu. - gambar X
Reptilia berkenaan yang tersangkut pada pukat terlebih dahulu dipukul berulang kali menggunakan kayu. - gambar X

Thomas Sambal misalnya berkata, kumpulan lelaki itu seharusnya menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Penat-penat ada jabatan utk (untuk) bantu haiwan mcm ni, mcm (macam) tu je dibantai buaya tu. Kalu (kalau) ngan (dengan) binatang pun xde (tiada) empati, x (tak) heran (hairan) la ngan mnusia (manusia) boleh buat cmtu (macam tu),” katanya, kesal.

Kepochi di akaun @TwtKepochi pula berkata, habitat buaya air masin sememangnya berada berhampiran laut iaitu di bahagian muara.

“Buaya air masin memang asal dari muara tapi kalau muara dah takda ikan dek perbuatan manusia sebab tu dia ke laut tapi kau ketuk kepala buaya ni,” ciapnya, sedih.

Beberapa netizen lain pula mengaku tidak sampai hati mahu menonton video berkenaan sehingga tamat kerana tidak sanggup menyaksikan kekejaman dilakukan ke atas haiwan tidak berdosa itu.

Haz di @hazeyra__ berkata, dia amat sedih melihat haiwan tersebut diseksa sedemikian rupa.

“Sumpah tak sanggup nak tengok, kesian weyy buaya tuu. Kau tunggu laa keturunan dia kacau keturunan kau plak (pulak). Ingat ye buaya ni sifat dia pendendam!! 7 keturunan pun dia boleh hauk wey,” katanya, marah.

Sehingga berita ini ditulis, ciapan berkenaan sudah menerima lebih 490,000 tontonan, lebih 1,400 tanda suka dan telah diulang ciap oleh 842 pengguna X. - Getaran, 4 Disember 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini