web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Sudah Dikreditkan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Dec 2023 3:10PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI sudah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM650 juta setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan perbelanjaan menggunakan eMADANI di sebuah pasar raya di sini hari ini, Ahmad berkata, sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan yang mengambil masa satu hingga lima hari dari tarikh permohonan.

“Begitu ramai yang memohon sepanjang tiga hari ini walaupun kita membuka hingga 20 Februari 2024 dan boleh digunakan hingga 29 Februari depan.

“Bagaimanapun, mereka yang rasa layak tetapi permohonan gagal boleh membuat rayuan untuk permohonan semula,” katanya dan menjelaskan permohonan dalam semua aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet lain akan ditolak jika gagal pada permohonan pertama. 

Beliau berkata, mereka yang gagal boleh membuat rayuan melalui beberapa platform termasuk menghantar e-mel menerusi emadani@treasury.gov.my atau menghubung talian 03-88824565 dan 1800882747.

Empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet yang boleh dipilih ialah Shopee, MAE Maybank, Touch N’ Go atau Setel Petronas.

Sementara itu, Ahmad berkata, antara punca individu gagal memohon atau tidak termasuk dalam kumpulan kelayakan adalah kerana tidak mengemukakan cukai tahun taksiran 2022 dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata, hal ini kerana kelayakan bagi bantuan eMADANI itu dikenal pasti melalui penyata cukai tahun taksiran 2022, jika pemohon bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

“Sekiranya mereka membuat perisytiharan cukai dan masih tidak layak, kemungkinan pendaftaran nama mereka dalam platform e-dompet dan rekod LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) adalah tidak sama dan boleh merayu.

"Contoh individu yang tidak dapat memohon juga termasuk pelajar universiti kerana telah menerima eBeliaRahmah,” katanya dan menambah isu berkaitan permohonan eMADANI yang dihadapi oleh orang ramai akan dibawa ke mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Kewangan.

Sementera itu, beliau berkata, syarat ketat yang ditetapkan bagi program eMADANI berkenaan adalah sebagai usaha untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kita nak membantu rakyat dengan kembangkan ekonomi setempat dan bukannya syarikat-syarikat besar seperti untuk pembayaran tol dan sebagainya,” kata beliau.

Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI bermula Isnin lalu akan memanfaatkan 10 juta rakyat melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Diketahui 24 April Ini

4

Semasa 9 bulan yang lalu

1 Mac Keputusan Rayuan Bekas ADUN Tronoh Terhadap Sabitan Rogol Amah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000